Tuesday, September 9, 2008

kisah seorang rakan..

first of all.. diharap agar mane2 pihak yg mungkin terbaca ini tidak berasa tersinggung maupun ter"kesot" hati *istilah dikalangan kami-kami aje*.. rasenye bende ni perlu dibawa ke depan jugak. tak boleh dipendam je.. saya juge, dengan rendah hatinye terlebih dulu memohon maaf.. dan saya berusaha sedaya upaya utk mengekalkan kesopanan dan kerelevanan dlm patah-patah kata saya.

ke hadapan J, we really need to talk this over. saya tak mampu nak berbincang berhadapan dgn anda kerana sangsi kemungkinan anda tidak akan bertegur sapa dgn saya lagi selepas ini. sesungguhnya, bukanlah niat saya mau mengaibkan ataupun memperlekehkan kemampuan anda. tapi sekadar buah fikiran dan penilaian dari saya sendiri. saya juga mau anda tau, dan rasanya anda juga tau. anda sememangnya jauh lebih baek dari saya sendiri. cuma, mungkin nasib lebih menyebelahi saya. sekiranya ini anda, harap pertimbangkan bicara saya. pls~

J merupakan salah seorang sahabat baek saya. dia akan selalu support saya dari belakang. dan begitu juga saya. *macam karangan budak darjah 3* isu timbul apabila uni2 dari luar negara mula membuka offer. saya dan seorang lagi rakan, iaitu K telah ditawarkan utk mengambil ujian ke dua buah universiti di negara Y dan Z. J terus berusaha utk mengambil ujian tersebut dengan membayarnya sendiri. saya sangat menyokong dan menggalakkannya berbuat demikian memandangkan pointer org terakhir yg mendapat tawaran dgn J hanyalah 0.02. lagipun, keluarganya sememangnya mampu utk menanggung harga ujian tersebut bahkan utk membiayainya ke luar negara sekalipun. lagipun, di mana ada kemahuan di situ ada jalan bak kata org. mungkin ni laa pembukan jln utk dia ke sana. nasib menyebelahi J kerna beberapa org pelajar telah menolak tawaran tersebut membolehkannya turut serta bersama saya dan K mengambil ujian ke universiti di negara Z tanpa perlu membayar sendiri. namun begitu, hanya saya yg berjaya dlm ujian tersebut *secara tak sengaja* manakala kedua-dua J dan K gagal. saya agak terkilan memandangkan saya nampaknya terpaksa berseorangan di sana. harapan utk K masih ada, memandangkan terdapat satu lagi peluang utk ke universiti di negara Y. tapi bagi J, pintu seakan tertutup buatnya.

pelajar2 laen mula dihujani dgn pelbagai kepingan2 segiempat putih bersampul yakni surat tawaran serta undangan graduasi, taklimat dan juga kursus yg wajib kami hadiri. pelajar2 utk ke negara D mula sibuk dgn urusan mengisi borang2 dan sebagainya. entahlaa. mungkin nasib yg tak begitu baek buat J, suratnya tidak juga kunjung tiba. setelah menalipon pihak kolej, J difahamkan dia kan turut ke negara D juga. saya nampak ketidakpuasan hati di wajah J. tapi saya sekadar mendiamkan diri sahaja, tidak mau menjirus petrol ke api yg sedia marak.

J telah menceritakan kpd saya bahawa keluarganya tidak begitu menyukai negara Y dan Z , dan lebih suka seandainya J melanjutkan pelajaran ke negara D. dan saya juga maklum tentang itu. memandangkan negara Y dan Z merupakan negara2 kota lama yg tidaklah begitu pesat pembangunannya jika dibandingkan dgn negara I dan U yg sememangnya terkenal di kalangan penuntut2 jurusan perubatan seperti kami. siapalah yg *kurang bijak sgt* tak mau ke I dan U, bukan? J pon telah mengushar2 beberapa buah uni di negara I dan U. dia bercadang utk mengapply sendiri ke uni2 tersebut dan menghantar permohonan ke agensi yg membiayai kami kini, supaya turut menanggungnya ke sana. saya terfikir, mungkin boleh. tapi rasanya agak sulit memandangkan kelulusan yg kami ada tidaklah sedahsyat IB dan A-level yg payah amat itu. lagipun, saya agak ragu2 tentang pengiktirafan terhadap kursus yg telah kami hadiri itu sendiri. dan apabila bahagian terakhir dlm permohonan tersebut meminta J utk menyediakan satu karangan tentang diri serta kelayakan dan kualitinya *tidak silap saya* sebanyak 3500 patah kata, dia mengangkat bendera putih-mengaku kalah. ini mungkin terlalu payah.

salah seorang kawan kami, M sebelum ini ditawarkan utk melanjutkan pelajaran ke negara S. mungkin rezekinya memang bukan di sana, dia tidak berjaya mendapatkan tempat di sana. dengar kata, dia akan turut menyertai rakan2 yg laen menyambung pengajian di universiti yg sama di negara D. tiba2, agensi yg masih setia menanggung kami ini telah memberikan pilihan laen kpd kwn kami yakni M, utk membuat program yg juga di negara D tetapi di universiti berlainan. dan alhamdulillah, M berjaya dalam temuduga tersebut dan akan terbang 15hb ni. tahniah utk M. agenda M agak laen dari kami semua memandangkan dia mengikuti program berkembar *tak perlulah diceritakan* dan saya mendapat tahu bahawa J telah menghubungi M utk mendapatkan maklumat tentang uni yg bakal M pergi. katanya, dia turut berhajat utk ke sana. saya dan M berasa sangsi. kerna semua temuduga dan urusan pembahagian bilik, taklimat, jadual waktu, dan lain2 lagi sudah selesai. pastinya akan menjadi kelam kabut sekiranya J masuk di saat2 akhir. dan pastinya akan membebankan J sendiri kerna terpaksa terkocoh2 menyelesaikan itu dan ini, sedangkan org laen sudah bersedia, goyang kaki dan menanti masa sahaja. saya juga bimbang jika ini benar, mungkinkah J akan sentiasa keciciran, baek dari segi senarai nama maupun senarai program laen2. saya sungguh risau!

dan pd mlm yg sama juga, J telah menghantar pesanan ringkas kpd saya bertanyakan tentang pelajar2 yg akan ke negara Y serta jumlah pinjaman mereka. saya pun memberi serba sedikit informasi yg saya tau tentang kelompok pelajar tersebut. dan apabila saya bertanyakan tentang tujuannya, dia sekadar menjawap akan memberitau saya kelak. dan pada pengamatan dan hasil pencernaan minda saya, saya mendapati J berhajat utk memohon ke uni di negara Y. saya agak terkedu mulanya. dan saraf2 di kepala mula bekerja tidak lama selepas itu. menimbang baek buruk setiap satunya dengan mengambil kira persekitaran itu sendiri. saya berpendapat bahawa keinginan dan tindakan dia adalah sangat2 tidak relevan dan tidak berpatutan. maaf lagi sekali sekiranya kata2 saya mencucuk sanubari, tapi ini benar! lihat dar sudut adil dan seimbang itu sendiri. saya benar2 tidak berniat utk menidakkan kebolehan dan kemampuan J, dan seperti yg saya katakan mula2 sekali di atas. kadang2 J adalah jauh lebih baek dari saya. dia sangat bagus, cuma kurang berusaha. dan rasanya, kami setahap. cuma ketidaksamaan itu hadir dalam sudut yg berlainan. contoh paling mudah. dia bagus dalam fizik. dan saya bagus dalam biologi. jika diukur, kami sama sahaja. aspeknya saja berbeza.

dan buat J, saya benar2 rasa anda harus berhenti setakat ini sahaja. sumpah! bukan niat saya mau menyekat kemajuan anda, tapi saya dan beberapa orang lagi terfikir yg mungkin ini bukan rezeki anda. benar, usaha tu perlu. tapi rasanya, anda hampir2 melangkaui batasannya. this is the matter of luck and chance. anggaplah rezeki anda bukan di sana. lagi sekali saya memohon ampun yg teramat sangat sekiranya anda tersinggung. tapi tolonglah pertimbangkan ini sekiranya anda membaca. jika anda benar2 memikirkan tentang keseronokan TEMPAT itu sendiri, rasanya you shudnt hv get into the programme in the first place *bunyinya lebih sopan jika bukan dlm bahasa ibunda*. anda patut teruskan dgn program yg ditawarkan dulu dan memohon kepada pihak yg membiayai utk tukarkan program *yg saya difahamkan hanya diselesaikan di tanah air* ke negara asal uni tersebut, iaitu di negara A. dan saya begitu mengharapkan pengertian dari J agar tidak menjauhkan diri dari saya sekiranya membaca ini. dan utk J juga, saya mau anda tau yg tempat tu tak penting langsung. tak guna jika anda dapat tempat yg anda idamkan, tapi anda tak mampu utk survive! mungkin J boleh katakan, ahhhh! senanglaa saya bercakap kerna saya berjaya ke Z. sungguh! sekiranya saya di dalam kasut anda *diterjemahkan* saya hanya mampu pasrah. saya juga tak mau ke D! apatah lagi S! dan saya juga tak bercita-cita utk ke Y maupun Z! saya mau ke U atau I! dan saya memohon biasiswa ini dengan harapan utk ke A! tapi apakan daya, surat tawaran hanya memberikan pilihan utk ke Y,Z,D maupun S. dan andainya saya terpaksa ke D, saya anggap itu memang rezeki saya. mungkin J berpandangan laen. dan saya tak kesah tentang itu. terpulanglah, itu pendirian masing2. dan bagi saya yg dtg dari keluarga sederhana ni, peluang ini memang cukup buat saya rasa bersyukur teramat sangat. saya takkan mampu menjejak keluar ke mana2 sekalipun dengan wang yg ada di tangan. saya juga memohon agar J juga mempertimbangkan tentang kawan2 yg laen, yg rasanya lebih berhak utk ke sana. fikirkan tentang K, yg mendapat dua tawaran tapi at the end of the day terpaksa bersama2 dengan yg laen menuntut di tempat yg sama. dan seperti yg J sendiri cakapkan juga, jika demikian tak perlulah K berusaha gigih dari mula semata2 utk bersama dgn mereka yg laen juga akhirnya. usaha itu sekadar sia2, katanya lagi. dan saya sekadar senyum mengiyakan tanpa sepatah kata ketika itu, memandangkan saya tak mau dikatakan berbangga dgn apa yg saya dpt. dan ingin juga saya nyatakan di sini, mungkin ada yg mengatakan saya menipu ataupun berlagak. tapi sumpah! saya tidak sesekali pernah menyangka utk mendapat peluang sebegini. saya memang tak pernah yakin dengan kemampuan saya walaupun org sekeliling mengatakan sebaliknya. ada yg mengatakan saya buat2 rendah diri, buat2 tak study dan macam2 lagi laa. tapi apa yg anda nampak tu memang betul. saya tak pandai nak ajar orang mengira, sbb saya tak pernah suka matematik. saya tak pandai nk terangkankan pasal formula sbb saya tak suke fizik. saya tak pandai nak hubungkan logik dan fakta sebab saya hanya menghafal. org cakap saya tak mau study ramai2 sebab kedekut ilmu. sumpah tak pernah! saya tak boleh study bising2, saya mudah hilang fokus, banyak cakap dari bekerja. saya tak pandai nak beri tunjuk ajar dekat orang laen. tapi saya cuba setakat termampu! dan kalau orang bertanya, saya jawap yg saya tau. org nk cakap macam2, nak judge sebab orang tak kenal saya. tapi kenapa saya yg dipersoalkan kalau saya dapat peluang? itu yg saya cuba cakapkan dari tadi. peluang. dan rezeki. walaupun saya tak laa bagus sangat nak dibandingkan dengan org yg bagus2 tu, saya rasa saya berhak! atas usaha dan matlamat saya sendiri. dan saya anggap ni anugerah yg Tuhan bagi atas doa ibubapa saya, keluarga saya, dan doa saya sendiri. enough said.

dan sekali lagi. saya benar2 berharap agar J yg sekiranya membaca ini utk menilai semula tindakan dan keinginan anda serta kerelevanan setiap satunya. mungkin andaian saya salah. dan saya minta maaf terlebih dahulu utk itu. saya meminta supaya J mengambil kira semua faktor yg telah dikemukakan, serta faktor2 laen yg J rasakan perlu dlm menangani isu ini. dan biarlah isu ini tamat di sini sahaja. tak perlulah dipanjang2kan hingga menjadi bisa yg bernanah. dan satu perkara lagi. saya amat2 berharap agar pihak2 laen yg mungkin terbaca tentang ini, dan mengetahui siapa J yg dimaksudkan sekadar membutakan mata dan memekakkan telinga tentang kisah ini. sesungguhnya saya tidak berniat mau mengaibkan J. cuma saya tiada keberanian utk berterus terang dengannya, khuatir akan reaksinya nanti. saya tidak mau J mengetahui tentang ini dari mulut2 "hebiaq" atau "jahat" anda sekalian yg mungkin mencetuskan permusuhan antara saya dan J.

p/s: J, anda tetap kawan saya yg sangat baek. saya tetap menyokong anda tak kira apa sekalipun yg anda putuskan. cuma, fikirlah baek buruknya sendiri. saya takkan selalu bersama anda. dan sorry. sangat2.





o_O


100908:0157

14 comments:

Anonymous said...

susahkan?
kita dapat apa yg kita nk
tp there must b sumtin yg kita kena jugak give up
sabarlah ye cik Zety
sy juga begitu walau ceriteranya ndak sm

zettyshafiqa said...

kita semua sama. tapi tak serupa.
kan?

=.='

uniq said...

zet...
aku pon xtau nk kata pa..
tp be c00l k?
cheer up my fren..!!!
be happy in czech...
nnT bila2 aku free..
aku p mlnc0ng ctu...
bila aku free dan ada duit la dr bapak gula aku..hehe..
luv ya!

nur akmal said...

a'ah.. btol zeti....
be happy kt czech!!~
ad hikmah 2..
balik nnti, kt sm2 gngam ijazah doc...

Anonymous said...

btoi2..ahhaa
zetty,daku tlh tag kamooo...sila buat ye..
ahaha

zettyshafiqa said...

korang salah paham ni. aku sehat walafiat je.. aku tak marah or ape2 pon. aku just risau utk J. ni mase depan. takleh maen2 dah. aku tau ape rasenye ade kat tempat J. memanglaa tak same, tapi aku still bley paham laa.. sort of.. hee~ ;p i'm just fine. dan aku akan slalu hepi utk korang. tnhx for being so supportive.

dan utk ayam, tggu next entry aku.

TOXICSNAIL said...

sabar ye zetty
bese la tu
saya pn salu berada dlm keadaaan dan situasi yg mengong cmtu

1st of all, klo ko tol2 caring kt die,ckp je depan2..jgn tkut..be brave..seseungguhnye die akan menghargai your concern itu.
dan sekiranya die kwn yg sagt2 baik, die tidak akan menjauhimu slps ko kata begitu..percayalah

cewah!

zettyshafiqa said...

saya bersetuju dgn cadangan inche jehan itu. tapi bila mata bertentang mata tu.... lidah kelu utk bersuara.


haihhh~


tak mengapalah. biarkan tamat di sini saja...
(^__^)

Anonymous said...

zetty..pening suda ni dgn bnyk2 huruf ni.haha.jap2.nk try bce ag skali.hee

zettyshafiqa said...

merapu je ni cik syaza oi.. takyah pening2 cerna.. kang mereng tatau nk jwp ape kat pakcik makcik nanti..


ngee~

TOXICSNAIL said...

mata bertentang mata jtuh ke hati
=p

zettyshafiqa said...

dari hati terbitlah perasaan..
acece~ hehh ;pp

Aleea Mazland said...

i pening dengan sekuensi analogi huruf2 anda..
pape pon, jgn tensi2 ye my dear zety..
balek dr czech pos ak pape from sane ok!! anda rock!

zettyshafiqa said...

jemputlah aku ke blog anda wahai venomous bomb. aku kepingin melihat hasil air tgnmu itu....

dan sesungguhnya blog yg anda cadangkan itu menggeletek sanubariku. tak kusangka ada rupanya makhluk gedik seperasan beliau. kekekekeke~ ;pp