Monday, April 8, 2013

Bas nombor sembilan

Bismillahirrahmanirraheem
Salam 'alayk

Harini dapat ibrah berganda. Lebih dari biasa, alhamdulillah.

I went out from the lecture hall a bit late, tak macam selalu. Entah, malas nak berebut keluar, buat lepak leklu sap kok lu. Jalan pun lenggang kangkung. Sempat singgah kedai buah beli mandarinka & plum dua tiga bijik. Keluar pagar hospital nampak bas berhenti seberang jalan. Adehh.. Menyesal pulak beli buah.

Penantian bas terasa sangat lama. Selalunya 5, 10 minit mesti dah sampai. Tapi harini 15 minit pun tak nampak rupa lagi. Tengah asyik dok panjang leher menjenguk bas tetiba ternampak pakcik tua berdiri tengah jalan. Errr... Kat divider antara 2 traffic lights tempat crossing tu (ah abaikan. Tak reti nak eksplen). Pelik. Selalunya sangat sempat je nak lintas jalan sebab lampu merah tu lama lah jugak. Then isyarat pejalan kaki bertukar hijau. Orang lain berpusu-pusu melintas. Tapi pakcik tua bongkok tadi... Dengan beg plastik birunya gigih berjalan walaupun dengan langkah yg sangat kecil. Dari gaya jalan, mungkin berkaki palsu. No wonder lah pakcik tu tersekat kat tengah-tengah tadi. Orang lain yg melintas dari seberang sana sudahpun berjalan jauh ke depan dari pakcik yg bermula dari tengah jalan. Pakcik..... Bas nombor 9 dah datang.

Saya masuk ke perut bas melalui pintu tengah. Harapnya mereka yg berada di tempat duduk belakang bermurah hati memberikan tempat duduk mereka kpd pakcik tadi. Di ruangan tengah, ada seorang kanak-kanak berusia mungkin 10-11tahun memanggil-manggil nenek yang berdiri berhampiran saya. Oh, rupanya adik ni suruh nenek tadi duduk. Saya senyum pada adik tu. Suddenly pemandu bas brek dengan mengejut, adik tadi tunduk membetulkan begnya di sisi tiang. MasyaAllah terkejutnya bila pandangan saya jatuh pada kaki adik tadi. He's handicapped. Struktur kakinya nampak abnormal. Saya tak tahu diagnosisnya, tapi kelihatan seperti dalam foto ricket mahupun osteomalacia. Posturenya kelihatan unbalanced, malahan gait pun kurang stabil, sedikit terhincut-hincut. Tak semena-mena a tear rolled down my cheek right then and there. Rasa nak meluru dekat adik tadi, peluk dia dan cakap "Besarnya hati awak. Awak tak punya apa-apa tapi you've given everything you have."

Sungguh-sungguh saya tahan sebak dalam hati, takut-takut nanti orang cop kurang siuman. Subhanallah. Hebat tarbiyah harini, cukup sekadar dgn melihat aksi si kecil yang berjiwa besar. Saya perhatikan adik tadi. Pakaiannya biasa-biasa sahaja, saya andaikan bukan dari keluarga bergaji besar. Tapi dari segi nilai dirinya, saya boleh katakan his parents have done a very great job in raising up this kid. Sebab hanya orang yang bersyukur dan berasa cukup dgn apa yg dia ada mampu memberi kpd yg kurang bernasib baik.

Sepanjang perjalanan pulang, saya berfikir panjang. Dari kisah pakcik tua yg gigih berusaha dgn kudrat yg ada hinggalah aksi kanak-kanak yg murah hati memberikan seatnya kpd nenek sedangkan dia sendiri memerlukan. Astaghfirullah. Kurangnya aku bersyukur kepada-Mu. Ya Allah, lokeknya aku menginfakkan hartaku ke jalan-Mu. Ya Robb, lemahnya aku pabila berhadapan ujian-Mu. Rendahnya nilai usahaku mengejar cahaya-Mu.

Segan. Dengan Allah. Dengan diri sendiri.


Masih banyak yg terbuku. Tapi i rather keep it to myself. Wallahua'lam.


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:sady Architekta Lisky,Hradec Králové,Czech Republic