Thursday, June 16, 2011

Pinggan dan refleks

Bismillahirrahmanirraheem.

Salam 'alaik.

Tadi dok basuh-basuh, susun-susun pinggan.. ternampaklah sebijik pinggan yang tak berapa bersih dibasuh. Saya pun ambik, basuh dan letakkan balik di tempat pengering. Saya tergelak kecil, teringat peristiwa beberapa bulan lepas.

Diakui saya ni bukanlah penyabar sangat orangnya, tambah-tambah kalau tengah moodswing & stress. Sesetengah benda saya memang tak ambik port sangat, tapi certain perkara saya memang ambik kesah- especially benda-benda kecik yang senang nak buat. Lagikan before makan pun saya akan basuh tangan 2 kali. First before cedok nasik & lauk. Dan lagi sekali before suap nasik. Sebabnya, saya tak yakin dgn tangan yg dah pegang sudu tu, maybe ada benda asing yg tertempek kat situ who knows.. See what i mean? Cerewet.



Dan pada suatu petang, saya yang sedang stress dan kelaparan membuka pintu kabinet untuk mengambil pinggan. Malangnya ketiga-tiga pinggan yg saya ambil semuanya tidak memuaskan hati saya. Saya pun mengomel sendirian, "Apa semua pinggan kotor ni. Basuh pinggan pun payah ke". FYI, saya memang particular kalau bab pinggan mangkuk ni. memang perangai dari kecik lagi, saya geli nak pakai pinggan/gelas yang berkuping sambal... bercop lipstik.. berminyak ke.... dll. Even kalau ada kesan air kering (yang nampak mcm keruh sikit) tu pon saya memang takkan sentuh. Memang relalah usaha cari pinggan lain. Kalau dah tak ada sangat terpaksa basuh, keringkan balik pinggan tu sebelum guna. Tak saya sedari, ada sorang kawan masuk dapur dan cakap sambil terseyum, "alaa.. basuh lah balik". Saya diam je, malas nak jawap nanti jadi gaduh pulak.

Kita semua pun tau, kita tak boleh expect orang utk ikut cara kita. Different ppl hv different way of life. Dan apa yg kita boleh buat adalah terima cara tiap-tiap orang dan adapt dgn situasi tu. Ni common sense. Orang kate, some things are better left unsaid tak gitu.

Sampailah satu hari, ada kakak yg cakap: akhlak tu refleks. Alaa, macam reflex arch kita jugak. Kalau pathway, connectionnya bagus, no problemos, tak ada pathologic lesion.... Bila diprovoke dgn apa stimulus sekalipun inshaAllah akan bagi reaction yg sepatutnya. Bayangkan kalau ada defect di afferent pathway (input) misalnya; tangan terpegang cerek panas, tapi kita tak dapat sense kepanasan tu sebab tak ada signal yg boleh relay input panas tu. So tak adalah reaction nye kan. Kita takkan remove tangan dari cerek panas sebab tak dapat signal, tangan yg terbiar tu luka terbakar. Outcome yg kita dapat tak appropriate dgn stimulus tu bukan?

Sama macam kita jugak. Kita sering membicarakan isu aqidah dan ibadah. Aqidah ni sulit. Orang tak nampak, orang tak tahu. Ibadah pun. Yang zahirnya tunggang-terbalik solat. Tapi sejauh mana keberadaan kita dalam solat tu. Seikhlas mana kita abdikan diri, tunduk pada Allah pd particular moment tu. Wallahua'lam. Tepuk dada, tanya diri sendiri. Tapi apa pulak bukti kemantapan iman kita? Saya jawap akhlak. Macam yg orang selalu war-warkan, kecantikan luaran tu datang dari dalam. Macam konsep bola besi yang dah 37ribu kali ulang. Mantapnya pemahaman yg "di dalam" tu inshaAllah akan menzahirkan little things "yang di luar", yang jelas membezakan yang haq dgn yang batil.

Akhlak ni pulak bukanlah semata-mata yang kita belajar dalam subjek Pendidikan Islam kat sekolah dulu-dulu: jujur, bercakap benar, menghormati orang tua.. and so on.. Ni semua betul, tapi lebih dari tu jugak. Contohnya aurat. Seandainya seseorang tu faham keperluan menutup aurat, tidak timbul masalah untuk melaksanakannya. Bahkan, rasa seronok dan dihargai. Dan kita rasa eager utk tunjukkan yang i'm a muslim and proud. Yelah, dgn menjaga diri kita dari fitnah pd masa yg sama kita pun turut memelihara pandangan orang lain. Tak ke dah berbakti dan berbuat baik tu? Sekaligus tercapai jugak satu muwasofat tarbiyyah: bermanfaat kepada orang lain, kan?

Ya. Teori tak sama dengan praktikal. And many things are easier said than done. Saya katakan tadi akhlak tu adalah refleks. Jadi bagaimana pulak akhlak kita = reflex kita terhadap orang sekeliling? Tak kisah lah kawan-kawan, parents, lecturers atau masyarakat umum sekalipun. Refleks ni lah yang cerminkan nilai-nilai dalam diri kita. Berapa banyak kita beramal dengan sifat-sifat mahmudah yg dah belajar dari bangku sekolah lagi? Berapa banyak contoh teladan dari Rasulullah yang kita ambil dan praktikkan? *ketuk kepala sekali* Teringat kisah 'Umair bin Wahb Al-Juwahiy yang masih belum memeluk Islam pd masa itu, dicekak lehernya oleh Umar Al-Khattab ketika ingin menemui Rasulullah. Tapi apa yang Nabi katakan? Nabi dgn tegas perintahkan Umar supaya lepaskan 'Umair dan berundur ke belakang dan kemudian meminta si tetamu merapati baginda. Mulianya Rasulullah saw. Sedangkan Nabi jelas akan kehadiran 'Umair adalah untuk menamatkan riwayat baginda.

Malu sendiri kalau fikir lemahnya diri mengawal marah. *ketuk kepala 2 kali* Cuba compare dgn apa yg Nabi buat, sedangkan musuh pun dilayan baik. Inikan benda remeh yang even tak bawak masuk exam pun. Yang saya ceritakan tentang isu pinggan di sini contoh semata-mata. Betapa seremeh-remeh isu pun dipandang besar, boleh bawa kepada rasa tak senang hati terhadap orang lain. Perasaan-perasaan kurang enak seperti inilah yang menjadi virus-virus perosak ukhuwwah. Dari perasaan tak suka, bertukar menjadi buruk sangka, fitnah dan permusuhan.

Sejauh mana ketepatan refleks kita dgn stimulus yang "mencucuk-cucuk" kita? Adakah kita react appropriately dgn alihkan tangan kalau tersentuh cerek panas? Atau kita tolak cerek tu sampai jatuh? Mungkinkah kita tengok saja tangan kita terbakar? Boleh jadi jugak kita nampak tangan kita terbakar tapi tak mampu nak alihkan tangan. Atau adakah kita tak perasan langsung-langsung pun yang tangan kita terkena cerek panas? InshaAllah boleh check balik kalau ada defect di mana-mana dalam pathway kita. Peringatan utk diri saya sendiri jugak.

Alhamdulillah. Skarang ni kalau saya dapat pinggan yang kurang menepati piawai saya, saya tersenyum sendirian, teringatkan alkisah akhlak=refleks ni. Saya ambik, basuh dan keringkan sebelum guna. Boleh jadi jugak, ini hanya jadi perkara "besar" untuk saya sahaja, sedangkan orang lain tak pernah menjadi isu penting pun.Tak perlu pun untuk bising satu rumah tentang isu sebijik pinggan.

Dari Abu Hurairah r.a; Nabi SAW bersabda: "Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka jangan lah ia menyakiti jirannya, dan siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tetamunya, dan siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah ia mengatakan perkara yang baik atau berdiam."
-Riwayat Bukhari dan Muslim-

Wallahua'lam. Peringatan untuk diri sendiri.

5 comments:

Fathin Aina said...

suka2!! btol2...akhlak tu la cermin peribadi yg sbenarnye..huhu..peringatan besar kat diri yg slalu kluar refleks2 x spatutnye...T_T

jzkk for sharing zetty! ^_^

zettyshafiqa said...

Tapi kadang-kadang tengok cermin tersyok sendiri rase dah cantik. Perlukan "cermin ajaib" dari luar jugak utk bg sedar diri balik yg kita ni makhluk yg tak pernah sempurna.

iA sama2 saling mengingatkan. ^__^

rusnarusli said...

salam zettyyyyy =))
suke sgt dgn post ni.
ketuk2 diri sendiri.
jzkillahu khair zetty!

bila dpt jumpe lagi nih?
lame xjumpe korang semuaaaa..

Nadiah AM said...

Kalau pathway, connectionnya bagus, no problemos, tak ada pathologic lesion....

ah, suka bila dianalogikan macam ni. terasa dekat. heh.

nur akmal said...

nice zetty~ akhlak adalah tindakan yang spontan lahir dari dalam diri, imam ghazali said. =) mmg susah nak mengawal marah, namun bila difikirkan, kita sendiri juga tidak sempurna.

sama2 kita membaiki diri dan mencapai kesepuluh-sepuluh muwasafat tarbiyyah! mujahadah sayang.

sama2 merefleks kan diri. =))
salam sayang dari bandar bangalore.