Bismillahirrahmanirraheem
Salam ‘alayk.
Alhamdulillah Allah sampaikan ke Ramadhan
kali ni. Dah masuk fasa akhir pun. Semorang berlumba-lumba buat pecutan
terakhir utk kumpul ganjaran dan penuhkan bekal. Tak kurang juga yg
berlumba-lumba merebut persalinan raya yg diskaun sampai 70%. Ehhh.
Mungkin dah terlambat sikit utk membebel
tapi better late than never dok?
Masih ingat Badar al-kubra? Peperangan pertama
kaum muslimin menentang tentera musyrikin. Peperangan pemisah yg haq dan batil.
Peperangan pembuktian keimanan dan ketaqwaan. Terjadinya di bulan mulia ini,
tahun 2 Hijrah. Takmau lah cerita kronologi peristiwa, buat synopsis bagai..
Yang ini dah belajar sejak zaman sekolah dulu lagi. Kalau nk baca lagi boleh
google saja, dan kalau extra semangat nak kaji silalah buka al-raheeq
al-makhtum 491mukasurat tu.
Kenapa ramadhan ini Badar kita? Di samping
kita berluba-lumba menambah amal kebaikan, janganlah lupa untuk buang
karat-karat jahiliyyah dan kekotoran maksiat yang menghitamkan hati kita.
Seperti gelas kosong yg berdebu, kalau kita tambah air putih sampai penuh pun
keladaknya masih ada selagi gelas tu belum dicuci bersih sebelum diisikan air.
Ramadhan ini badar kita, peperangan kita sebab teguhnya kita melawan kehendak
nafsu kita sendiri. Melawan rasa nak bermalas-malasan lantas terus bangkit
beribadah. Dan melawan kehendak deria-deria kita yg sukakan keseronokan dan
keindahan duniawi.
Allah swt Maha Pemurah mengurniakan kita 1
bulan special utk kita muhasabah diri dan bersihkan diri kita dari segala
kekotoran dunia. Inilah masanya utk kita berusaha sungguh-sungguh memperbaiki
diri, menjadi hamba yg lebih baik. Tongsampahkan kaypop, hanamichi sakuragi,
inche rahul malhotra, akak raihanah, pakcik haron ajis atau apa-apa saja yang
deviatekan hati kita dari mengingati Allah. Masa inilah utk kita buang sifat
suka membazir, shopping tak hengat dunia, perasan-mamat-tu-syok-kat-aku, malas
lipat baju, suka menangguh buat esaimen dan sebagainya.
Gunalah peluang yg Allah bagi ni bukan
sejam. Bukan sehari. Tapi sebulan utk singkirkan jahiliyyah-jahiliyyah yg masih
melekat dlm jiwa ni haa. Berbalik kepada topic yg tadi. Ada beza antara rabb
dan ilah. Semua org mengaku Allah tu rabb, pencipta, pemilik seluruh alam. Tapi
tak semua org menjadikan Allah tu satu-satunya ilah (sembahan). Even study
sampai tangguhkan solat, study tu pun boleh jadi ilah. Apatah lagi benda-benda
yg kita idolize hinggakan terlalai mengingati Allah. Idol=berhala=sembahan. See
the connection?
Puasa kita bukan sekadar menahan lapar dan
dahaga semata-mata. Puasa kita puasa hati, puasa mata, puasa mulut, puasa
telinga. Senang cakap puasa seluruh anggota kita dari perkara-perkara yg
takbes. Sebaliknya longgarkan skru-skru sendi, hati, kepala utk menambah amal
ibadah. Lagi-lagi dah masuk fasa terakhir ramadhan ni. Mungkin kita dah
terlepas malam-malam sebelum ni. Tapi takkan nak biarkan 7/8 malam yg masih
berbaki ni disia-siakan begitu saja?
Fafirru ilallah. Fafirru ilallah.
Kembalilah kepada Allah. Sujudlah pada Allah. Mohonlah keampunan
sungguh-sungguh dari-Nya. Allah swt tu al-Ghafur, Maha Pengampun. Apa saja dosa
yg kita lakukan selagimana tak mensyirikkan-Nya inshaAllah akan diampunkan. Allahumma innaka ‘affuwun kareem, tuhibbul
‘afwa fa’fu’anni. O Allah. You are pardoning and You love to, so pardon me. Hebatnya al-‘afuw hinggakan segala dosa yg
kita lakukan sebelum ni diampunkan dan takkan ditayang langsung di hari
perkumpulan kelak. Completely forgiven without any traces. Bukankah itu yg kita
mahu?
Bersegeralah memohon keampunan. Sebab kita
tak boleh jamin peluang tahun depan masih ada. Boleh jadi esok jantung kita dah
tak berdegup, intercostals muscles kita dah tak contract, impulse kita tak
melompat-lompat seperti kebiasannya. Apa bekalan yg kita dah kumpul? Apa yg
kita nk present di hadapan Allah nanti? Burulah Lailatul Qadr. Malam yg nilai
ibadahnya sama seribu bulan. Kita sendiri pun belum tentu mampu hidup 83 tahun.
83 tahun ibadah! Inikan 20 tahun pun dah wasted tanpa mengenal ad-deen. Huuuuu
nanges.
Mungkin hati kita kurang khusyuk, kurang
ikhlas di saat kita sujud tapi inshaAllah anggota badan kita jadi saksi kita
pernah berusaha mendekatkan diri kepada-Nya. Lucutkanlah perhiasan-perhiasan
dunia sementara yg bersarang dalam hati kita, fikiran kita dan tunduklah
abdikan diri pada Allah dengan hati yg lapang memohon keredhaan-Nya. Mohonlah
sungguh-sungguh. Supaya Allah bersihkan hati kita, supaya amal yg tak seberapa
ini diterima dan mampu menjadi dalil di hari timbangan kelak. Doalah supaya
diberi keberkatan hidup di dunia, dijauhkan dari azab kubur, dikurniakan syurga
tertinggi, dan dihindarkan dari sambaran api neraka.
Moga Allah kurniakan output taqwa dari
input Ramadhan kali ini. Moga madrasah ini mampu melahirkan
“kita/saya/aku” yg lebih baik dari
sebelumnya. This is our battle. External pushing factor (coughsyaitancough) dah
takde. Yang tinggal hanya keinginan kita semata. Dan badar ini adalah badar
kita melupuskan kebatilan within ourselves. 8 days to go. Kena all out tahap
moksya!
Wallahua'lam
p/s: dan jgn lupa doakan saudara-saudara kita
yg berjuang di palestin, Syria dan Mesir sana. Merekalah yg mewakili kita di
garis depan iman; dibakar musim panas, direpotkan hajat, dicekam ancaman,
disuguhi besi & api, tapi tetap teguh. –Salim A.Fillah
No comments:
Post a Comment