Wednesday, July 31, 2013

This is our own battlefield. Ini Badar kita!



Bismillahirrahmanirraheem
Salam ‘alayk.

Alhamdulillah Allah sampaikan ke Ramadhan kali ni. Dah masuk fasa akhir pun. Semorang berlumba-lumba buat pecutan terakhir utk kumpul ganjaran dan penuhkan bekal. Tak kurang juga yg berlumba-lumba merebut persalinan raya yg diskaun sampai 70%. Ehhh.

Mungkin dah terlambat sikit utk membebel tapi better late than never dok?

Masih ingat Badar al-kubra? Peperangan pertama kaum muslimin menentang tentera musyrikin. Peperangan pemisah yg haq dan batil. Peperangan pembuktian keimanan dan ketaqwaan. Terjadinya di bulan mulia ini, tahun 2 Hijrah. Takmau lah cerita kronologi peristiwa, buat synopsis bagai.. Yang ini dah belajar sejak zaman sekolah dulu lagi. Kalau nk baca lagi boleh google saja, dan kalau extra semangat nak kaji silalah buka al-raheeq al-makhtum 491mukasurat tu.

Kenapa ramadhan ini Badar kita? Di samping kita berluba-lumba menambah amal kebaikan, janganlah lupa untuk buang karat-karat jahiliyyah dan kekotoran maksiat yang menghitamkan hati kita. Seperti gelas kosong yg berdebu, kalau kita tambah air putih sampai penuh pun keladaknya masih ada selagi gelas tu belum dicuci bersih sebelum diisikan air. Ramadhan ini badar kita, peperangan kita sebab teguhnya kita melawan kehendak nafsu kita sendiri. Melawan rasa nak bermalas-malasan lantas terus bangkit beribadah. Dan melawan kehendak deria-deria kita yg sukakan keseronokan dan keindahan duniawi.

Allah swt Maha Pemurah mengurniakan kita 1 bulan special utk kita muhasabah diri dan bersihkan diri kita dari segala kekotoran dunia. Inilah masanya utk kita berusaha sungguh-sungguh memperbaiki diri, menjadi hamba yg lebih baik. Tongsampahkan kaypop, hanamichi sakuragi, inche rahul malhotra, akak raihanah, pakcik haron ajis atau apa-apa saja yang deviatekan hati kita dari mengingati Allah. Masa inilah utk kita buang sifat suka membazir, shopping tak hengat dunia, perasan-mamat-tu-syok-kat-aku, malas lipat baju, suka menangguh buat esaimen dan sebagainya.

Gunalah peluang yg Allah bagi ni bukan sejam. Bukan sehari. Tapi sebulan utk singkirkan jahiliyyah-jahiliyyah yg masih melekat dlm jiwa ni haa. Berbalik kepada topic yg tadi. Ada beza antara rabb dan ilah. Semua org mengaku Allah tu rabb, pencipta, pemilik seluruh alam. Tapi tak semua org menjadikan Allah tu satu-satunya ilah (sembahan). Even study sampai tangguhkan solat, study tu pun boleh jadi ilah. Apatah lagi benda-benda yg kita idolize hinggakan terlalai mengingati Allah. Idol=berhala=sembahan. See the connection?

Puasa kita bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata. Puasa kita puasa hati, puasa mata, puasa mulut, puasa telinga. Senang cakap puasa seluruh anggota kita dari perkara-perkara yg takbes. Sebaliknya longgarkan skru-skru sendi, hati, kepala utk menambah amal ibadah. Lagi-lagi dah masuk fasa terakhir ramadhan ni. Mungkin kita dah terlepas malam-malam sebelum ni. Tapi takkan nak biarkan 7/8 malam yg masih berbaki ni disia-siakan begitu saja?

Fafirru ilallah. Fafirru ilallah. Kembalilah kepada Allah. Sujudlah pada Allah. Mohonlah keampunan sungguh-sungguh dari-Nya. Allah swt tu al-Ghafur, Maha Pengampun. Apa saja dosa yg kita lakukan selagimana tak mensyirikkan-Nya inshaAllah akan diampunkan. Allahumma innaka ‘affuwun kareem, tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni. O Allah. You are pardoning and You love to, so pardon me.  Hebatnya al-‘afuw hinggakan segala dosa yg kita lakukan sebelum ni diampunkan dan takkan ditayang langsung di hari perkumpulan kelak. Completely forgiven without any traces. Bukankah itu yg kita mahu?

Bersegeralah memohon keampunan. Sebab kita tak boleh jamin peluang tahun depan masih ada. Boleh jadi esok jantung kita dah tak berdegup, intercostals muscles kita dah tak contract, impulse kita tak melompat-lompat seperti kebiasannya. Apa bekalan yg kita dah kumpul? Apa yg kita nk present di hadapan Allah nanti? Burulah Lailatul Qadr. Malam yg nilai ibadahnya sama seribu bulan. Kita sendiri pun belum tentu mampu hidup 83 tahun. 83 tahun ibadah! Inikan 20 tahun pun dah wasted tanpa mengenal ad-deen. Huuuuu nanges.

Mungkin hati kita kurang khusyuk, kurang ikhlas di saat kita sujud tapi inshaAllah anggota badan kita jadi saksi kita pernah berusaha mendekatkan diri kepada-Nya. Lucutkanlah perhiasan-perhiasan dunia sementara yg bersarang dalam hati kita, fikiran kita dan tunduklah abdikan diri pada Allah dengan hati yg lapang memohon keredhaan-Nya. Mohonlah sungguh-sungguh. Supaya Allah bersihkan hati kita, supaya amal yg tak seberapa ini diterima dan mampu menjadi dalil di hari timbangan kelak. Doalah supaya diberi keberkatan hidup di dunia, dijauhkan dari azab kubur, dikurniakan syurga tertinggi, dan dihindarkan dari sambaran api neraka.

Moga Allah kurniakan output taqwa dari input Ramadhan kali ini. Moga madrasah ini mampu melahirkan “kita/saya/aku”  yg lebih baik dari sebelumnya. This is our battle. External pushing factor (coughsyaitancough) dah takde. Yang tinggal hanya keinginan kita semata. Dan badar ini adalah badar kita melupuskan kebatilan within ourselves. 8 days to go. Kena all out tahap moksya!

Wallahua'lam

p/s: dan jgn lupa doakan saudara-saudara kita yg berjuang di palestin, Syria dan Mesir sana. Merekalah yg mewakili kita di garis depan iman; dibakar musim panas, direpotkan hajat, dicekam ancaman, disuguhi besi & api, tapi tetap teguh. –Salim A.Fillah

Monday, April 8, 2013

Bas nombor sembilan

Bismillahirrahmanirraheem
Salam 'alayk

Harini dapat ibrah berganda. Lebih dari biasa, alhamdulillah.

I went out from the lecture hall a bit late, tak macam selalu. Entah, malas nak berebut keluar, buat lepak leklu sap kok lu. Jalan pun lenggang kangkung. Sempat singgah kedai buah beli mandarinka & plum dua tiga bijik. Keluar pagar hospital nampak bas berhenti seberang jalan. Adehh.. Menyesal pulak beli buah.

Penantian bas terasa sangat lama. Selalunya 5, 10 minit mesti dah sampai. Tapi harini 15 minit pun tak nampak rupa lagi. Tengah asyik dok panjang leher menjenguk bas tetiba ternampak pakcik tua berdiri tengah jalan. Errr... Kat divider antara 2 traffic lights tempat crossing tu (ah abaikan. Tak reti nak eksplen). Pelik. Selalunya sangat sempat je nak lintas jalan sebab lampu merah tu lama lah jugak. Then isyarat pejalan kaki bertukar hijau. Orang lain berpusu-pusu melintas. Tapi pakcik tua bongkok tadi... Dengan beg plastik birunya gigih berjalan walaupun dengan langkah yg sangat kecil. Dari gaya jalan, mungkin berkaki palsu. No wonder lah pakcik tu tersekat kat tengah-tengah tadi. Orang lain yg melintas dari seberang sana sudahpun berjalan jauh ke depan dari pakcik yg bermula dari tengah jalan. Pakcik..... Bas nombor 9 dah datang.

Saya masuk ke perut bas melalui pintu tengah. Harapnya mereka yg berada di tempat duduk belakang bermurah hati memberikan tempat duduk mereka kpd pakcik tadi. Di ruangan tengah, ada seorang kanak-kanak berusia mungkin 10-11tahun memanggil-manggil nenek yang berdiri berhampiran saya. Oh, rupanya adik ni suruh nenek tadi duduk. Saya senyum pada adik tu. Suddenly pemandu bas brek dengan mengejut, adik tadi tunduk membetulkan begnya di sisi tiang. MasyaAllah terkejutnya bila pandangan saya jatuh pada kaki adik tadi. He's handicapped. Struktur kakinya nampak abnormal. Saya tak tahu diagnosisnya, tapi kelihatan seperti dalam foto ricket mahupun osteomalacia. Posturenya kelihatan unbalanced, malahan gait pun kurang stabil, sedikit terhincut-hincut. Tak semena-mena a tear rolled down my cheek right then and there. Rasa nak meluru dekat adik tadi, peluk dia dan cakap "Besarnya hati awak. Awak tak punya apa-apa tapi you've given everything you have."

Sungguh-sungguh saya tahan sebak dalam hati, takut-takut nanti orang cop kurang siuman. Subhanallah. Hebat tarbiyah harini, cukup sekadar dgn melihat aksi si kecil yang berjiwa besar. Saya perhatikan adik tadi. Pakaiannya biasa-biasa sahaja, saya andaikan bukan dari keluarga bergaji besar. Tapi dari segi nilai dirinya, saya boleh katakan his parents have done a very great job in raising up this kid. Sebab hanya orang yang bersyukur dan berasa cukup dgn apa yg dia ada mampu memberi kpd yg kurang bernasib baik.

Sepanjang perjalanan pulang, saya berfikir panjang. Dari kisah pakcik tua yg gigih berusaha dgn kudrat yg ada hinggalah aksi kanak-kanak yg murah hati memberikan seatnya kpd nenek sedangkan dia sendiri memerlukan. Astaghfirullah. Kurangnya aku bersyukur kepada-Mu. Ya Allah, lokeknya aku menginfakkan hartaku ke jalan-Mu. Ya Robb, lemahnya aku pabila berhadapan ujian-Mu. Rendahnya nilai usahaku mengejar cahaya-Mu.

Segan. Dengan Allah. Dengan diri sendiri.


Masih banyak yg terbuku. Tapi i rather keep it to myself. Wallahua'lam.


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:sady Architekta Lisky,Hradec Králové,Czech Republic

Sunday, January 6, 2013

Konon travelog musim beku.

Bismillahirrahmanirraheem.
Salam 'alayk.

Alhamdulillah.. Allah masih izinkan jantung ini berdegup untuk menghabiskan hayat yg masih bersisa. Kesian inche belog dah bersawang-sawang kena neglect almost a year kot. *srettttttt* sapu habuk.

Baru masuk tahun baru, azam pun haruslah baru ye dok? Takpe. Simpan hasrat tu dalam hati, takyah bagitau orang pun. Yang penting terjemahkan hasrat dan keinginan tu melalui amal.
Maybe azam tahun sebelum ni tak pernah pun masuk list mission accomplished. Errrr, maybe saye sorang lah tu.Tapi inshaAllah taun ni kita all-out nak merealisasikan azam kita ok!

Kali ni nak share kisah pengembaraan winter break dua minggu. Yeehaaaa! Ehemm.. Maaf.
Misi tahun baru adalah untuk menjadi lemah lembut bersopan santun ala-ala gadis melayu terakhir.
Alhamdulillah cuti haritu Allah beri kesempatan utk join winter camp Rendez-Vous D'Hiver di Arreau, France. Seronok sangat dapat jumpa sisters seluruh Europe. Mingle around dgn budak engine terasa lain, teringat zaman sekolah dulu2. Walaupun at the beginning rasa out of place a bit sebab tuan haji & datin pun org engine rasa mcm dgr bahasa alien tapi best sangat pengisian sampai ade moment ternganga sebab khusyuk sangat. Haha. Pastu turun Barcelona dgn hadek-hadek kesayangan amek angin sat. Hmmm banyak tarbiyah sepanjang di Barça, tapi tu cover dalam entry lain la. *Tu pun kalau rajin nak menulis, kekeke :p*

Kumpulan Sihat hoyeahhh. Ehemm..



Arreau yg permai, sejuk mata memandang.



Dan Barcelona yg meningggalkan 1001 kenangan.











Nak gi Peghancih, wajibla naik flight sebab jauh kan. Errr.. Train & bus ade jugak tapi makan masa laa. Masa nak take off tu kami tunggu lama jugak la kat runway tu. Mula-mula tu nampak la sebab haritu snow lebat jugak, therefore ada machine besar mcm robot spray some kind of liquid kat wings of the aircraft. Kalau tak silap secara logiknya utk avoid crystallization dan prevent disruption of airflow yang boleh lead to crash. Pape la kan, kepala tumpul sikit bab fizik ni. Bila dah siap, pakcik kat bawah tu bagi signal utk kami bergerak, hayun-hayun tangan sambil bercakap dengan thru earphone gabak dia. Oh... Rupanya tunggu arahan dari menara kawalan. Agak busy traffic haritu, almaklumlah musim cuti semua orang pun nak melancong. Announcement di departure hall tak putus-putus, airport padat, flight pun penuh.

Nampak tak apa yang saye nampak? Jeng jeng jengggg.

Perasan tak mcm mana menara kawalan mengawal lalulintas udara? Mesti busy gila kan? Taktau la mcm mana chaotic keadaan menara kawalan tu. Yelah. Mereka ni lah yg bertanggungjawab menyusun pergerakan di runway tersebut. Mana flight yg akan landing, yg tergagau cari parking, mana flight yg dah boleh depart yg nak take off, mana yg kena hold dulu untuk bagi laluan pd yg lain. Ada commercial airline, yg private, cargo atau yg tengah practice amek lesen ke. Tu tak campur lagi kalau ada yang tetiba mintak izin nak buat emergency landing atau ada yg tetiba connection terputus tak dapat dihubungi. Nak imagine pun rasa penat.

Tapi.... Allah SWT yg menyusun alam ni lagilah berzillion kali ganda hebat kan? Tuhan kita ni bukan sahaja menyusun penciptaan bumi & langit, bahkan mengatur kehidupan makhluk dan seluruh isinya. Kalau kita fikir "hebat ah menara kawalan ni manage flights naik turun" ataupun "woahhh ddaebak. Ade machine mcm robot nak cuci kapat teghebang", Khaliq kita lagilah hebat. Bayangkan berapa bilion manusia di muka bumi ni yang Dia susunkan urusan mereka. Perasaan dan pemikiran manusia sendiri cukup complex, hinggakan perlunya ada psychiatrist dan psychologist utk bantu kita mengaturnya. Bayangkan even dalam badan setiap manusia tu pulak berapa juta sel yg kita ada yg menjalankan fungsi spesifik membolehkan kita bernafas, makan megi, bersiar-siar di taman tasik shah alam, menonton gossip girl, dan bergelak ketawa setiap hari? Itu tak masuk lagi berapa juta pokok atas muka bumi ni, yg daun-daunnya tak sama kaler, malah part yg lubang-lubang dimakan ulat pun tak serupa. Each and every one of them gugur pada waktu yang berlainan. Cuba dongak dan lihat kepulan awan di langit biru. Awan yg terhasil dari perkumpulan wap air halus ni mampu membentuk jisim yg kelihatan "tough" dan macho hinggakan bila kapal teghebang kita langgar pun rasa gukgukguk sampai terhantuk kepala dekat tingkap kan. Awan gebu ni kalau kita perhatikan patternnya tak sama antara satu dengan yg lain. Ada yg macam bentuk dinasour, ada yg rupa mcm buah betik tak kurang jugak yg kelihatan seperti jambatan gantung. MasyaAllah. Kagum. Speechless. Kalau dibicarakan tentang planet2 yg mengorbit matahari tanpa menyeleweng sedikitpun, atau galaksi-galaksi di luar sistem suria mahupun kisah hidup mati bintang-bintang sampai tahun depan pun tak habis gamaknya.

Subhanallah. Siapalah yang mampu mencipta dan mengatur semua ini kalau bukan Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Sehebat manapun manusia mencipta atau menguruskan sesuatu, takkan sekali-kali dapat menandingi kehebatan Allah azzawajalla mengatur seluruh alam ini. Lebih menjaw-droppedkan kita, Allah dah tahu apa yg sudah, sedang dan akan berlaku. Untuk mengada atau tidak sesuatu itu, hanya sekelip mata. Kun fayakun. Lihatlah sendiri, at one moment kita boleh senyum lebar hingga ke telinga dan in a split second kita boleh menangis, wailing like there's no tomorrow sebab ada musibah yg menimpa.

Pengetahuan manusia sangat limited. Apa yang kita tahu, berjaya hasilkan harini adalah hasil discovery setakat ini. Masih banyak research yg berlangsung, masih banyak ilmu yang belum direveal.

Bersyukurlah. Kita ini makhluk istimewa. Allah beri kelebihan kepada kita yg tak ada pada makhluk lain. Kita ada akal, diberi peluang utk buat keputusan. Kita dikurniakan hati, diberi nikmat utk menilai dgn neraca perasaan. Dan sudah tentu dipinjamkan nikmat pancaindera agar kita dapat berinteraksi dgn alam sekeliling kita lantas menggunakannya utk benefit kita sendiri. Allah memperkenalkan diri-Nya menerusi ciptaan-ciptaanNya. Sepertimana elektrik yg tidak dapat kita lihat menerusi mata kasar tapi kuasanya dijelmakan dengan nyalaan mentol meja study mahupun kehangatan heater bilik tidur kita. Rugilah kita sekiranya dgn nikmat akal, hati dan pancaindera yg Allah kurniaan kpd kita tidak digunakan utk mentadabbur(merenung) alam dihadiahkan kpd kita. Rugilah kita dgn nikmat berfikir, berperasaan, melihat, mendengar, menghidu, bergerak, dan menyentuh tidak kita gunakan utk berfikir tentang kewujudan dan kehebatan Pencipta kita.

InshaAllah. Kita golongan yg educated, golongan yg berfikir. Kita adalah orang-orang yg Allah kurniakan nikmat iman dan islam dalam hatinya. Kita adalah makhluk yg Allah ilhamkan utk merasa keberadaan-Nya bersama kita setiap masa. Jadi after this, mari kita kenali lebih lagi Pencipta kita. Alaaa mcm dalam Asma ul-Husna tu. Setiap satu sifatNya dapat kita lihat dlm kehidupan seharian. Apa yg kita perlu buat adalah buka hati, buka pancaindera dan buka minda. Lihatlah sekeliling dgn 6th sense. Tadaburi hidup kita. Semoga dgn ini dapat lebih mendekatkan kita dengan Allah SWT sekaligus meningkatkan iman kita seterusnya menjadikan kita hamba yg lebih patuh.

"....(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." [Ali-Imran, 3:191]

Hadiah.



Wallahua'lam.


- Posted using BlogPress from my iPad