Wednesday, July 6, 2011

coretan hari rabu.

Bismillahirahmanirraheem.

Salam 'alaik.

Ni entry pertama bulan July. Ikut macam Aina jugak lah. Kurang-kurang dalam sebulan ada jugak naik satu post.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Setelah sekian lama, petang tadi dapat jugak berusrah. Rasa macam pokok yang kering dengan tanah merekah-rekah tu disirami air. Rasa alive. Walaupun usrah online thru skype je pun, tapi rasa basahnya tak kurang pun. Hanya itu je yang termampu setakat ni.


rasa cam ala-ala pic pokok ni. dapat sinaran matahari gitu. hehehe

Musim-musim summer yang sangat stressful ni topik yang paling rancak diperkatakan haruslah exam kan. Even usrah tadi pun sentuh isu exam jugak. Alhamdulillah, sangat banyak ibrah yang diperoleh hasil perkongsian tadi. Yelah, ada certain things yang kita tak pernah terfikir pun kan. Dan melihat sesuatu tu dari sudut pandangan berbeza membuatkan kita reflect dan check+balance balik benda-benda yang selalu kita terlepas pandang selama ni.

InshaAllah, saya share sikit apa yang saya dapat hari ni dan apa yang saya dah lalui sebelum ni supaya sama-sama boleh fikir dan tambah atau tolak mana-mana yang patut.

Kalau perkataan EXAM muncul depan mata kan, apa the very first thing yang kita fikir? Lagi-lagi kalau FINAL EXAM. Yang determine whether kita akan naik year atau tak.

Apa?

Apa?

*drumroll*

Kalau saya, benda pertama yang keluar dari mulut ataupun minda adalah "Ahhhhhh".
Sigh. Keluhan.



Beratnya rasa exam tu. Penatnya nak melalui exam tu. Seksanya tempoh persediaan untuk exam tu.

Kalau di Hradec, final exam kesemuanya oral, viva. Kami diberi list soalan yang memang dah bertahun-tahun pun wujud. 100.. 200.. 300 soalan. Bergantung pada subjek. Subjek ringan macam Medical Psychology, hanya ada 30 soalan. Kalau Pathological Anatomy ada lebih kurang 350 soalan. Pada hari exam, kami akan cabut 3 soalan dari beratus2 soalan tu (ada sesetengahnya memang dah dlm triplet) dan diberi masa lebih kurang setengah hingga sejam utk prepare. Dan bila dah ready, bolehlah bersemuka dengan lecturer dan muntahkan semua idea berkaitan soalan yg dicabut tadi. Mestilah sepanjang "pembentangan" tu akan ada sesi soal-jawab spontan bersama examiner. Dan akhir sekali, macam biasalah: "congratulations" ataupun "i'm sorry. i'm afraid i've to see you next time". Dan utk gred: 1-excellent, 2-very good, 3-good/pass dan 4-fail.

Kalau dulu, saya memang betul-betul berpegang pada prinsip "Study smart, not study hard". Tak kisah lah se-last minute macam mana sekalipun saya prepare untuk exam, hasilnya tetap memuaskan. Formulanya, fokus dalam kelas dan fahamkan dari awal. Dan bila saya lihat kawan-kawan yang keputusannya kurang baik, saya terfikir sendiri. Rasa pelik. Sedangkan dorang berusaha lebih dari saya. Ulangkaji. Stay up sampai lewat malam. Dan ayat famous "Ahh takpe.. Kau dah pandai. Tak study pun result bagus" buatkan saya kebingungan. Saya tak berniat nak masuk bakul angkat sendiri ke apa.. Dan bukanlah saya goyang kaki semata-mata, esok exam main redah je. I did study, just not as hard as them.

Tapi belajar di Czech membuatkan saya kenal erti "belajar" yang sebenar. Teringat waktu first year dulu, lagi-lagi di winter semester. Perjalanan saya susah. Banyak microtests yg sangkut. Kalau credit test orang buat sekali harung, saya buat berkali-kali. Tak tahulah banyak mana airmata yang tumpah. Berbaldi-baldi sampaikan boleh buat mandi kalau kena catuan air, mungkin. Dan saya lihat perjalanan kawan-kawan saya yang lancar berbunga-bunga sedangkan saya tahu saya berusaha sangat gigih utk dapatkan sign di credit book. Dan ada jugak kawan-kawan yang usahanya kalau dilihat berlipat kali ganda, namun masih tersekat di pertengahan jalan. Pada masa tu, saya rasa Tuhan tak adil. Kenapa mesti sesukar tu perjalanan saya? Kenapa orang lain boleh? Ungkapan "Study smart, not hard" dah saya bakul-sampahkan, saya gantikan dengan "No pain, No gain". Seksanya nak survive first year di med school, biarlah jadi kenangan. *cewaaaahh*

Alhamdulillah. 3 tahun belajar dalam sistem sebegini mengajar saya banyak benda. Saya belajar tentang manusia; physically and emotionally. Saya belajar mendalami diri sendiri. Saya belajar mengenal Tuhan. Saya belajar untuk belajar. Dalam hidup ni tak ada istilah kebetulan. Semua yang terjadi dah ditentukan, dan setiap kejadian tu ada hikmahnya yg tersendiri. Mungkin harini kita tak tahu, tapi esok lusa mungkin baru kita nampak pengajaran di sebalik tu.

Saya ambil tempoh paling kritikal dalam hidup seorang pelajar ek. Tak lain tak bukan mestilah exam period. Saya personally belajar paling banyak benda pada musim exam. Betul! Tak tipu. Pada waktu exam-exam nilah yang kita rasa paling terbeban. Dengan buku rujukan berinci-inci nak habiskan. Tak termasuk berpuluh lectures notes dan compilation notes yang nak kena khatam jugak. Berminggu-minggu terperuk dalam rumah, tak tau apa dah jadi kat luar sana. Tarik muka masam 24/7. Dengan housemates sepatah pun takde mood nak cakap. Apatah lagi hubungan dengan Allah yang kita tak nampak tu. Spend masa 10 minit solat, baca Quran 2 3 mukasurat pastu dah. Mengadap buku dari pagi sampai malam, malam sampai pagi. Makan minum pun tak teratur. Eyebag ngalahkan panda sebab tak cukup tidur. Huhh.. What a life eh.

Selagi tak habis baca, mesti takkan pegi buat exam tu. Keep postponing the date, selagi ada. Berharap tak akan dapat soalan ni, soalan tu. Kalau dapat komfem tak tahu jawap. Dengar cerita orang pulak pasal examiner. Examiner A tu garang, tanya soalan kaw-kaw. Kalau buat dgn dia komfem sangkut. Atau cerita tentang Examiner B, baik gilaaaa. Cool sangat. Even tak tahu pun dia tolong-tolong jugak. Komfem lepas ah kalau dapat dia. Ada pulak kes "Tak kiralah saya baca banyak mana pun, selalu takde rezeki. Dapat soalan yang tak ingat takpun the only soalan yang tak sempat baca. Kawan saya study half je, tapi dapat tiga-tiga soalan yang dia baca. Lepas semedang. Tak aci."

Kan Allah dah cakap dalam loveletter:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma`aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". [Al-Baqarah,2:286]

Allah tekankan lagi sekali...

"Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). dan kalaulah (amal Yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala Yang amat besar". [An-Nisa,4:40]

Dan yakinlah. Apa-apa sekalipun yang berlaku, He knows best!

"....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". [Al-Baqarah,2:216]

Allah tu Maha Adil. Allah letakkan ujian mengikut kemampuan kita. Dan ujian setiap orang tu berbeza-beza. Mungkin pada zahirnya urusan kawan kita ni lancar. Tak pernah sangkut exam. Tak ada masalah kewangan. Tapi Allah uji kawan kita ni dari segi lain. Mungkin dia ada low self-esteem. Tak berani bersuara, nak buat presentation pun terketaq lutut kat depan. Ya, mungkin kita anggap ni remeh. Sedangkan bagi si empunya diri, burden ni tersangatlah besar untuk dia. Sort of... penghalang bagi dia. Tak pun, dia ada masalah keluarga. Kita tak tahu. Kita selalu nampak apa yang kita nak nampak. Kita selalu comparare benda yang kita nak dan tahu. Kita sangatlah jarang untuk ambil pembolehubah-pembolehubah luar yang boleh mempengaruhi judgement kita. Tak gitu?

Dan benda paling penting yang saya belajar sepanjang pentarbiyahan di musim peperiksaan ni adalah konsep tawakkal. Sejauh mana rasa berserah sebulat-bulatnya pada Allah. Kalau dulu, saya selalu ingat yang tawakkal tu bila dah selesai berusaha. Dah nak masuk dewan exam baru letak tawakkal tu dalam kepala, dalam hati. Tapi di sini saya belajar, yang tawakkal tu start even sebelum kita mula berusaha lagi. Kita tawakkal supaya Allah yang lead kita untuk setiap tindakan yang kita buat. Kita mohon supaya Allah mudahkan langkah kita, supaya Allah guide kita dari awal hingga ke penghujungnya. Ilham dari Allah, bukan ke tu lagi baik?



Masa sharing tadi pun ada yang persoalkan balik. Tawakkal kita ni pada siapa sebenarnya? Betul ke pada Allah? Kalau yakin, positive pada Allah, memang betul lah kita pegi exam tu untuk kutip result. So kenalah redha dengan outcome nye kan. Ke..... kita bertawakal pada examiner? Dapat examiner A-komfem fail, kalau B-komfem lepas lah. Atau.... kita bertawakal pada soalan? Soalan senang, mesti lepas dapat 1 ni. Dapat soalan yang tak suka, rasa berat sikit. Mati lah.... Komfem sangkut. Macam mana tu? Ketuk kepala, tanya minda. Saya sendiri rasa tertampar. Sungguh. Sebab ni lah yang dok ulang-ulang kali sebut before exam. Malu dengan diri sendiri.

Allah dah cakap dalam Quran, rezeki tu di tangan-Nya.

"Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?" [Fatir,35:2-3]

Allah ulang banyak kali dalam loveletter. Yang berkuasa mutlak hanyalah Dia. Tak ada apa-apa pun yang boleh intervene kuasa veto Dia. Tak ada pembolehubah lain yang boleh affect result yang dah ditetapkan oleh Dia.

"Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." [Al-An'am,6:17]

Mudah saja bagi Allah untuk laksanakan sesuatu tu. Even boleh hasilkan yang hidup dari yang mati. Jadi siapa sangatlah kita untuk persoalkan "ketelusan" semua urusan? Yang kita mampu buat adalah berusaha, berdoa, dan bertawakkal. Yang Allah pandang adalah usaha kita. Bukanlah berapa banyak 1 atau A yang berjaya kita kutip sepanjang tempoh pengajian kita. Sebaliknya, apa pengajaran yang berjaya kita kutip di sepanjang perjalanan. Banyak mana pahala kesabaran yang kita berjaya takung sebagai saham untuk dibawa ke akhirat kelak. Dan saya kira ujian terbesar adalah sekukuh mana hubungan kita dengan Allah di saat "dunia" bersesak-sesak meminta perhatian ekstra? *tepuk dada, tanya iman*




".....dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." [At-Talaq,65:2-3]

Fikir-fikirkan balik. Lulus exam di dunia ni tak sama macam nak lulus exam nak dapat syurga. Kalau nak compare level tu, memang besar kuman lah senang cakap exam yang tengah kita tempuh skarang ni. Ciput sangat. Kata kakak tadi, makin panjang tempoh kita exam makin banyak pahala yang kita boleh kutip. So, kautlah sebanyak mungkin pahala skarang ni. Yelah, pahala sabar, pahala bermujahadah, pahala berukhuwwah, pahala menjaga kebersihan, pahala ber"dating" dengan Allah. Kannnn??? Orang kata, dunia ni adalah ladang untuk bercucuk-tanam yang hasilnya kita tuai di akhirat kelak. Jadi, marilah membajak tanah. Taburkan benih yang baik. Supaya hasilnya kelak membawa keuntungan berlipat ganda. Jangan lupa iringi dengan doa.

Satu quote best yang jumpa harini:-

"Prayer is not a spare wheel that you pull out when you are in trouble. Use it as a steering wheel that keeps you on the right path"

Selamat bermujahadah semua!

DUT: Doa. Usaha. Tawakkal.


credit: google & disebaliklensa for photos.

7 comments:

fathinaina said...

salam zetty~~

btooooolllllll...hhuhu...couldn't agree more than this!

xtau la kn utk org lain..tapi for me, setiap kali summer, Allah ada bnda nk ajar...n sbb kt ni manusia yg slalu lalai kn..degil plak tu...Allah x nk kt lalai..so dpt la "something" from Him yg nk ingtkan kt balik setiap masa...huhu....sweetnye Allah tu..Dia x nk kt lalai..Dia slalu bg chance kat kt..kt je yg slalu x appreciate peluang2 tu..T_T

it's hard. i know. but bler fikir2..always,always,always..mst ada something yg Allah nk tunjuk..nk kt muhasabah balik setiap masa...

jzkk utk usrah hari ni, artikel kamu hari ni..hati saya yg kering pun mcm kena simbah pili bomba je rasa..huhu..

2:200 =)

all the best zetty! mari tros melangkah!!! moga Allah redha n permudahkan urusan kt semua insyaAllah...=)

lots of love from Adal =)

cik zetty penjaja bijan said...

wslm wbt aina.

bila muhasabah balik, yelah yg kita kejar redha Allah kan. walaupun perjalannya pahit, iA kita yakin endingnya manis. bersabarlah dan teguhkanlah kesabaran :)

mari terus melangkah! semoga urusan kita semua dipermudahkan.

jzkk jugak utk usrah ptg tadi. banyak benda terlepas pandang rupanya. jgn lupa pesanan penting: doa untuk kawan2. iA malaikat pun doakan kita jugak.

♥ kamu banyak2 :)

n a d i a h said...

aku betul betul betul betul betul betul suka dengan entry ni!

sempat jugak kau buat lawak eh
Tak tahulah banyak mana airmata yang tumpah. Berbaldi-baldi sampaikan boleh buat mandi kalau kena catuan air, mungkin.

betul weh. kat u baru aku belajar erti belajar yang sebenar. perit sangat kadang-kadang. tiap tiap kali time final exams rasa nak gila. tapi alhamdulillah. bukan tak pernah sangkut, tapi dengan sangkut tu aku dapat pengajaran.

tapi setakat ni tak pernah la aku study sehard kau. sampai tak keluar langsung, tak cakap dengan housemates. kekeke. gagah jugak aku cari pantai, tenangkan jiwa sekejap. hehe.

cik zetty penjaja bijan said...

hehehe... kannn? dah besar2 ni byk nampak weakness yg berlubang sana sini tu.

btw, tu namanya metafora hiperbola. bg flavour sikit :p nak duduk seharian tak keluar bilik langsung tu memang jiwa kacau ah. youtube kan ada. macam2 boleh tengok. *bats lashes* lol.

n a d i a h said...

hahaha hiperbola kau benar-benar dimikroskopkan!

afinarazab said...

jazakillah k.zetty..perkongsian yg sgt2 menyegarkan jiwa...semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua~ ameen

syahidah said...

salam kak zetty..ur entry make me calm bile sye bce. thanx a lot akak.tomorrow my result for laz sem kuar.pray for me. i will remember ape yg akak cakp dlm entry tu.dan sye twu..tawakkal kpd Allah adelah jln yg terbaek.

mayb akak x kenal sye,sye pon x knl akak ekceli.jumpe blog akak coz cari words in google.hee
btw thanx. :)

nice to meet u n ur blog :)