Sunday, February 27, 2011

post-mortem.

Bismillahirrahmanirraheem.

Salam 'alaik.

Kali ni, biar hati yg berkata-kata.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji buat Allah, Tuhan sekalian alam yang bukakan pintu hati utk join Syahadatul Haq kali kedua. Kesyukuran tak terhingga dipanjatkan pada Yang Esa kerana sekali lagi "dipilih" utk yg menjadi "yang istimewa" dalam kalangan yang ramai-ramai di luar sana.

Mungkin tak ada orang lain yang akan baca entry kali ni, dan mungkin tak ada orang pun yang buka tapak lubuk fikiran & luahan hati seorang Shafiqa Izzati ni.. Tapi insyaAllah saya jadikan ni sebagai peringatan & teguran untuk diri saya sendiri. Dan partly sebagai medan amal saya jugak supaya boleh jadi saksi untuk perbicaraan akhir saya kelak.

11.47pm. Sangat penat. Esok kelas pagi. Dan exam minggu ni insyaAllah. Saya pun tak ada idea nak tulis apa. Tapi hati saya sesak. Saya tertanya-tanya sendiri, apa yang buatkan saya rasa sebegini? Sedangkan saya tak cukup masa & terlalu banyak tanggungjawab yang perlu saya tunaikan minggu ni. Tapi saya pilih untuk menulis. Dan saya sangat berharap masa yang saya peruntukkan utk spill out di sini dapat redakan kesulitan di hati saya, dan insyaAllah juga peroleh redho dari-Nya.

Turning point. Saya tak mampu dan tak layak nak katakan yang saya dapat rasa hidayah dari Allah tu datang pada saya. Tapi apa yang saya mampu jamin adalah program kali ni dah bagi impak yang sangat besar pada saya. Saya terasa. Sungguh. Dah berulang kali rasanya saya luahkan pada kakak-kakak yang first time saya rasa indahnya Islam, sort of terbuka pintu hati tu masa join PMS di Scotland 2 tahun setengah yang lepas. Dan saya dapat lihat perubahan diri saya sepanjang tahun yang berikutnya. Malangnya, "rasa" tu hilang. Saya sendiri pun tak pasti bila dan bagaimana. Saya tak boleh nak tuduh environment Malaysia yang tak support perkembangan saya. Partly salah saya sendiri jugak sebab tak ada usaha keras utk pulihkan keadaan dan biarkan diri terus hanyut.

Saya rasa berkali-kali juga saya disapa dengan perasaan "saya perlu berubah" tapi saya tak cukup kuat untuk grab seeratnya. Lantas, perasaan tu hilang juga akhirnya. Tapi kali ni, ketukannya kuat. Dinding yang saya bina sekeliling zon selesa saya tiga perempat roboh. Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur utk itu. Dan saya berhasrat untuk robohkan satu perempat lagi dinding yang bersisa. Tak perlu saya ceritakan masa silam saya. saya tak mahu buka pekung di dada. Dan kalau boleh saya mahu buang terus kisah lampau saya, tak kiralah apa yang saya pernah buat, atau apa yang saya pernah fikir. tapi saya sedar, butang BACKSPACE, DELETE dan ESCAPE tak ada dalam kehidupan kita. Alhamdulillah. Saya bersyukur utk itu juga. Sebab masa lampau saya merupakan salah satu eleman penting utk saya lihat masa depan saya. Sebagai peringatan dan sebagai teladan utk diri saya sendiri.

Apa yang saya perlu lakukan sekarang adalah maju ke depan. Saya ingin termasuk dalam "golongan beruntung" sampai bila-bila. Dan untuk itu, saya perlukan "tiang-tiang" stabil utk kukuhkan "binaan" saya. Saya perlukan tangga utk bolehkan saya panjat ke bumbung. Saya tak mampu nak gapai bintang. Tapi saya kira melihat bintang dari bumbung lebih indah dari sekadar berbaring di tanah. Angin di bumbung lebih nyaman. dan keberanian utk berdiri di tempat tinggi tu tak semua orang mampu miliki. Saya rasa istimewa. Support system di sekeliling saya wujud selama ini. Mungkin saya saja yang terlepas pandang. Selfish dan hanya berjalan mengikut langkah kaki saya tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Alhamdulillah. Kekaburan mata saya sebelum ini dah dirawat. Penglihatan saya sudah pulih. Mungkin bukan 100%. Tapi saya pasti dalam tempoh 2 3 minggu lagi saya akan pulih sepenuhnya, insyaAllah. Saya akan cuba makan ubat mengikut masa yang ditetapkan selain daripada jaga diet saya, sebab saya yakin "doktor" lebih arif tentang ini.

Baju saya lencun di saat saya titipkan perasaan saya kali ni. Betul saya terasa. Terasa dengan diri sendiri. Sebahagian diri saya dah menzalimi sebahagian diri saya yang lain. Dan sekarang saya rasa saya perlu adil pada diri saya yang sebahagian lagi. dah lama "saya" tertindas. Saya rasa tak perlu utk saya berterusan mengasihani "diri saya". Dan saya juga tak mahu menghukum "saya yang satu lagi". Saya kira langkah terbaik adalah buang yang keruh dan ambil yang jernih. Sebab saya tahu..


"this path might be difficult, but the final destination is certain" Allahuakbar!

Bantu saya ke arah itu.......



yang jujur berbicara,
HATI.

Thursday, February 24, 2011

The Road to be Taken. SH'11

Bismillahirrahmanirraheem..

Salam 'alaik.


"And thus we have made you a just community that you will be witnesses over the people and the Messenger will be a witness over you. And We did not make the qiblah which you used to face except that We might make evident who would follow the Messenger from who would turn back on his heels. And indeed, it is difficult except for those whom Allah has guided. And never would Allah have caused you to lose your faith. Indeed Allah is, to the people, Kind and Merciful."
[Al-Baqarah, 2:143]





Come and join us this weekend. Let's fulfil our obligations, and spread the kalimah.


Fastabiqul khairaat.
Zetty v Zahraa'

Monday, February 21, 2011

If you want to talk to Allah, then pray. However, if you want Allah to talk to you, then read the Quran

Thursday, February 17, 2011

Time is free but it's priceless. You can't own it, but you can use it. You can't keep it, but you can spend it. Once lost, you can't get it back.

Saturday, February 12, 2011

Hana Tajima.

confirm penah dengar nama ni kan. sangat famous kot. okay. backspace. back to the facts : Hana Tajima-Simpson;the Japanese-British fashion designer with her own clothing line, Maysaa. she reverted to Islam 6 years ago, kalau tak silap laa. found out bout her i dont know.. maybe few weeks back(?) sooo lame. okay i know. i've been living in this world of mine right here in Hradec Kralove since last raya tau. kalau busy nak khatamkan Robbins, Roitt & Chrobak tu mesti takde mase nak amek tau sape yg design tudung Yuna kan. common logic kot; medical students-->bookworms-->katak bawah tempurung. well, i'm that. *batting eyelashes* she's became like a true inspiration to me somehow. i dont know how to put this into words but.. y'know.. she's bringing the hijab into the fashion world and i would say that is....simply amazinggggg~!! suka sangat cara dia mix+match baju. skarang takde persepsi yg once bertudung your life's gonna be over. dah tak boleh nak berfesyen. pakai tudung bawal jelah. dah tak boleh nak pakai cute hairclips ke... nak straighten rambut ke... nak buat bangs lawa-lawa ke.. dah tak boleh. *gaye2 hidup dah berakhir je* tengok laa sekarang orang pakai tudung/selendang/shawls wtv laa macam mane? siap ribbons bagai yu ols!

santek gila kan kakak ni....

tuan punya badan pun excited jugak. sebab sebelum ni pakai shawl aci taram je. tapi lepas tengok pic fb kengkawan.. bloggers laen.. sape2 jelah yg terlintas tengok gmbr kat jaringan maya ni kan. gaya dorang pakai tudung. macam mana nak cakap ek. intriguing?? menarik laa. pakai tudung dengan bergaya & berjayanya. so.. boleh pulak pegi cari tutorial macam mane nak pakai macam tu. dan stumbled upon hana's vlog. tapi rasa gaya pakai tudung tu sangat laa tak applicable dan pelik. at that time memang i've got totally no idea who she is. tapi tertarik dgn maria elena's tutorial.. and the rest is history~ ni dah lama dah kot. few weeks back ni yg macam mana entah boleh ter-come across pasal hana & maisaa ni balik. lepas tu apa lagi.. giatlah usaha men-google beliau.
dan sepanjang minggu ni, memang pakai scarf ala-ala beliau lah. tapi of course with my own flavour. rasa pelik sangat kot nak pakai gaya lain macam.

semalam pulak. semalam ke(?) bace iffat's blog. she wrote something about this hijab thingy laa. pasal pakai tudung-tak semestinya baik vs. bukan semua yg tak pakai tudung-jahat. i did comment the entry tapi dah lupa cakap apa. dan semalam jugak, dah lewat tapi tak boleh tidur punya pasal so bukaklaa Versus- my most favourite piece by Hlovate. baca jump jump macam tu je. dan sampailah part ni:-

"macam mana nak jadi baik?'
.....
"so, apa dia punya definition of 'baik'?"
"definition dia mudah je. sesiapa yang beriman dengan Allah tu 'baik'"
"maksud?"
"beriman dengan Allah tu macam man?. Dia kata 'apabila kita buat semua benda yang Allah suruh dan tinggalkan semua benda yang Dia larang, tu baru namanya 'baik'."
"kiranya kat situ dia emphasize yang untuk jadi baik ni memang kena secara holistik la gitu. selagi ada benda yang tak settle betul-betul, maknanya selagi tu definisi 'baik' tu tak tercapai lagi"
........
"ingat Al-Baqarah 208?"
"masuklah ke dalam Islam secara seluruhnya."
"kalau untuk muslimah macam kita ni, nak contoh mudah kalau kita ambil isu aurat laa"
"selalu je kan orang argue pasal pakai tudung ni. ada orang kata biarla tak pakai tudung pun, janji solat cukup lima waktu sehari semalam. pasal ada je orang yang pakai tudung tapi buat benda bukan-bukan, buat maksiat. kira kat sini laa kebanyakan orang kita selalu salah faham"
"sebab anggap Islam tu sekadar cukup je bersimbolkan dengan solat?"
"that. betul, solat tu tiang agama. tapi Islam tu bukan hanya tertegak dengan solat je. Apabila Allah dah sebut dlam ayat 'masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan' tu, maknanya memang kena settle daripada segala benda la. asal solat, aurat, muamalat, yada..yada.. segala benda yang ada dalam dunia ni laa senang nak cerita."
"Ad-Deen"
"tau takpe. Ad-Deen tu way of life. cara hidup. makaaa..."
"kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi...."
"dan kalau pakai tudung tapi tak solat pun tak cukup baik lagi... pakai tudung tapi pakai short sleeves nampak lengan, pun kira tak cukup baik lagi. pakai tudung tapi pakai baju ketat jarang berbayang, pun tak kira cukup baik lagi. kena fikir balik. dengan sekadar cukup pakai tudung, pakai baju lengan panjang t, tu dah dikira baik? macam mana pula kalau baju tu form-fitting dan selendang pulak jarang sampai nampak bayang batang leher, nampak anak rambut. tak jadi laa tu. maknanya selagi tak embrace Islam tu sepenuhnya, tak cukup baik lagi laa tu."
"hmmmm.."
"hukum Tuhan. siapa kita nak membangkang. takkan nak menangkan vogue fashion terkini lawan hujah hukum kot."

ouchhh...

fikir balik. apa yang aku pakai sepanjang minggu ni. dan siapa pulak yang konon-jadi-idola tu pulak. pagi tadi belek balik hana tajima's stylecovered. tengok balik apa yang dia dok promote. perhati balik jugak apa yang yuna pakai. applicable. boleh pakai, tapi tak ikut garis panduan yg dah ditetapkan tu. rasa bersalah. sebab suka pada benda yang tak sepatutnya. tolonglah nurshafiqa, gaya macam tak pernah dapat tarbiyyah. tajuk tabarruj(display of beauty/berhias) ni dah berapa kali dapat? masuk telinga kanan keluar telinga kiri....

i'm not being judgemental here atau nak bash mana2 pihak. langsung-langsung tak ada. dan seriously rasa sedih sangat masa dok google pasal hana dan jumpa comment ni "she’s gonna be the down fall of muslimah arnd the world….." dan satu lagi "how true~ She’s beautiful but there’s no such thing as urban muslim. there’s just no such thing". frankly speaking, i'm no perfect either.jauh lagi nak sampai tahap berpakaian-cukup-syarat tu. alhamdulillah kalau dulu rambut berduri2 celah tudung bawal tu skarang dah pakai anak tudung. nak pakai tudung bidang 60" tu tak lagi laa kot. pakai baju lengan panjang pun kalau menulis wajib sinsing lengan baju. pakai handsocks kalau nak solat je. stoking pun pakai dengan sportshoes je. harus laa seluk macam tu je kalau sarung crocs tu.. takde stoking2 ni. and.... i'm still struggling untuk ubah kebiasaan ni.

yang ni peringatan untuk diri sendiri. takkan nak stay macam ni sampai bila-bila kan. teringan entry farah pasal orang dok sibuk kaji yeke 2012 tu kiamat. apa nak buat kalau tu betul? wallahu'alam. tu luar pengetahuan kita. yang kita mampu dan PERLU buat adalah tambah amalan tu. berubah ke arah yang lebih baik. memang laa sakit nak ubah apa yang dah jadi kelaziman tu kan. tapi kena ingat jugak. syurga tu harganya mahal. jadi takkan senang-senang je boleh masuk kan. ada harga yang perlu dibayar. tak mengapa perit di dunia, tapi ganjaran akhirat yang kita kejar.

nak quote sikit apa yang ada dalam versus ni jugak.

"kadang-kadang kita terikut sangat hukum manusia sampai lupa hukum Allah"

betul.. sangat betul. sampai kadang-kadang kita rasa inferior sebab kita ni berbeza dari norma masyarakat sekeliling. sedangkan kita tahu dan aware apa yg orang sekeliling buat tu tak tepat sebenarnya.

"kena mujahadah dan istiqamah. tapi the beauty of Islam yang ramai orang tak perasan ialah.... kalau kita praktik betul-betul ikut apa yang dah tertulis, everything akan ikut domino effect sebenarnya"
"apa kaitan domino effect dengan Islam?"
"kira tu analogi laa. domino effect tu apabila ada permulaan yang akan trigger a series of chain reaction la gitu"
"okey.."
"maka.. apabila kita dah settle dari sudut solat dan ibadat, kita juga sepatutnya secara langsung dah settle juga dari sudut hidup ikut syariat. sepatutnya kalau kita dah settle dari sudut aurat, secara langsung je kita sepatutnya kan settle juga dari sudut ikhtilat"

yang ni teringat konsep bola besi yang kakak2 ni selalu cerita tiap kali daurah. macam mana core yakni aqidah yang kuat tu boleh meresap smpai ke luar. macam mana kefahaman yg mendalam, yg menusuk ke kalbu tu boleh buat senang kata sampai terserlah hingga ke zahirnya. cantik kan. MashaAllah. ye. payah nak start, nak dapatkan pati yang core tu. banyak keraguan. banyak persoalan. rasa berat nak mulakan langkah. tapi once core tu settled, directly masuk mode chain reaction ala-ala caspases dalam bab apoptosis tu dah. kena kejar hari yg mana domino effect tu boleh automatically starts, inshaAllah.


okay.

so..

errrr.......

kesimpulan buat sendiri la. kita praktikkan kaedah pemikiran kritis dan kreatif. yang paling tepat, tepuk dada tanya selera.
____________________________
selalu macam ni. dah hilang fokus nak cakap pasal apa sebenarnya. dari A jump sampai M lepas tu nak patah balik kat H. sebab tulis maghrib-maghrib kot. orang cakap setan2 berkeliaran. dah tak ingat nak tulis apa ni..... ngeeeee~ :p

dah nak masuk mode membiolkan kepala otak dengan kuman-kuman balik ni. exam inshaAllah 23hb. fightinggggggggg~!!!

nak sambung baca microb. na shledanou~

Sunday, February 6, 2011

adoyai jerawat.

Ahoj Inche Belog. lama tidak ketemu ya..?

sbenarnye.. tak terlintas pun niat nk menulis. tapi sebab skarang ni pukul 4.01 AM dan tak boleh tidur dan tak tahu nak buat apa dah. maka beejansesame.blogspot.com pun diklik. padahal takde idea pongg!



idea ni muncul sebab tadi nak ikat rambut. so terpegang laa pipi. oh, ada jerawat baru rupanya? *bukan muka senyum+hepi tapi nada annoyed* yang jenis visible. mekap pun takleh cover. munguks betol~~~

sebab nanti org cakap cik zetty ni budak tak brape medic, maka diri sniri pun rajin laa gi men-google cari ape tu acne? "Acne vulgaris (or acne) is a common human skin disease, characterized by areas of skin with seborrhea (scaly red skin), comedones (blackheads and whiteheads), papules (pinheads), pustules (pimples), nodules (large papules) and possibly scarring." haaa.. ni wikipedia tulis. bukan aku. pastu cause dia panjang pulak nak copy paste. tapi kalau baca kat majalah2 remaja ke.. seventeen dan yg sewaktu dgnnya mesti akan cakap sebab pores tu clogged. betul laa. dan aku yg lurus bendul ni ingat yang pus atau istilah melayunye nanah ke(?) yg mcm kering tu bila kita picit merupakan benda yg tersumbat dlm pores tu. terpikir jugak, mcm mane benda yg agak besar laa kan contohnye mcm debu2 tepi jalan mase tunggu bas sekolah tu utk terperangkap dalam liang roma kita ni.

sebab skarang dah belajar kan. boleh laa nak put things into sequence sikit2 *bajet terer je. huhu* oke.. ye adik-adik. kulit kita ni ada pores atau bhs melayunye pori-pori atau lubang-lubang. fungsinya adalah utk mengeluarkan sebum atau minyak yg menjamin kelembapan dan keanjalan kulit. hahaha. cam lawak je bace ni :D bahase medicnye sikit.. kat each hair follicle ni ade sebaceous gland yg produce sebum ni. see the resemblance? sebaceous=sebum.. aaa whatever. so.. pape yg halang sebum ni dari keluar kind of buat pores tu clogged laa. mcm paip air tak boleh keluarkan air so jadi la kembung. and normally kulit kita ni ade normal microflora maksudnye makhluk2 halus semulajadi yg tak bawak apa2 effect unless kita ni immunosuppressed*payah nak xplen so google snirik* atau dia masuk ke tempat yg tak sepatutnya ada. contohnya mcm Staphylococcus epidermidis ni.. banyak berjuta-juta lemon kot kat kulit serata badan kita ni. lupaaa.. ada satu lagi bacteria yg faymes utk jerawat ni, iaitu Propionibacterium acnes.. tengok name pun dah tau.*yuuhuuu.. bahagia dapat eksyen konon blajar microbiology yg membiolkan kepala hotak* makhluk2 ni even basuh tangan ngan sabun pun memang takkan hilang semua. iklan dettol, protect, lifebuoy kat tv tu tipu je weh.. bajet 99.9% brani jamin ah tak sampai 50%. ingat ade org ke nak tenyeh tangan smpai 5 minit dgn berhati-hati dan sekatanya?? brape ketul dari kalangan kita ni ada disinfectant kat rumah? sabun basuh tangan pun belum tentu ada. kadang2 pow sabun mandi je kan..



sambung cerita tadi.. bila pores kita ni tersumbat. pastu dicampur dengan bacteria2 yg buat kem kat situ, mestilaa skuad pertahanan badan akan bertindak kan? caranya adalah dgn menghasilkan inflammation. tak tahu apa word dia dlm BM. radang ke? apa-apa laa. inflammation ni sangat bagus sbenarnya, sebab dialaa yg akan react nk bunuh & kurang kan spreading makhluk2 perosak ni. lepas tu.. haruslah WBC aka sarjan misai darah putih datang berkoyan-koyan nk eliminate mereka tadi jugak. so.. yg kita picit-picit putih tu white blood cells laa yg dah mati. kalau nak up sikit, neutrophils namenye. dorg ni laa yg form pus tu, dan biasenye involved in acute infections. kalau yg long term biasenye lymphocytes yg react. alaa yg ade B-cell & T-cell tu. ni kalau tak tau tipu ah. dulu biology form 5 dah blajar okay~!

sbenarnya.. aku pun tak paham knape nak kne tulis pasal benda2 ni kan. tapi dah alang2 bebel teruskan jelah. faktor2 penyebabnye banyak. macam greasy food, tapi org cakap chocs, nuts & benda2 lain tu takde kaitan pun tak tau laa. tapi in my case, kalau makan peanut memang akan naik jerawat. compulsory~! pastu genetics. in my case ye jugak. tak ingat dah bila last ada kulit licin, form 3 kot pastu menggerutu je. taun bila ntah balik kampung ada mak menakan tegur sebab time tu severe sangat.. "along punya problem sama macam mama dulu" dan aku pun gatal mulut laa gi cakap "mama laa ni dulu kulit tak cantik sape suruh" sorry maaa~~ kalau stress. yeeeee ini sangat benar. nak test, nak exam naik 2 3 bijik. yelaa 2 3 tapi besau bagak. tensi nak g jumpe examiner mcm ni. yg ni plg selalu jumpe kot. time nak period. sebab hormone. same case kalau awal puberty tu. androgen causes the sebageous glands to enlarge and produce more sebum. androgen pulak precursor of estrogen... estrogen is involved in menstrual cycle.. or is it progesteron.. ape2 laa malas nak cari balek. soooo nampak takk? ade kaitan laa period dengan pimple selambak atas dahi tu kan. case paling penting utk wanita: cosmetics. kalau kes seorang shafiqa izzati, kalau TERtidur malam tu tak cuci mekap. esoknye wajiblah bangun dgn kurang2 2 bijik jerawat. yelaa.. kulit minyak pastu buat pekasam sampai 24jam, mane laa bacteria tak membiak kan.. *sedih kulit sensitip sangat. wuuu~~~*

cara merawat: tak tau laa. sebabnye jerawat sniri pun tak tau solution nye kan. bape kali dah nk angkut mama teman gi jmpe dermatologist tapi tak jadi jadi jugak. tapi kalau slalu bace product utk acne ni salicylic acid, benzoyl peroxide... macam-macam laa dan depends pd org tu sendiri. kalau cik zettyshafiqa, tak boleh pakai yg strong sangat sebab nanti mengelupas. banyak yg trial and error. kalau nak better, jumpe doctor. kalau tanye kakak kat supermarket or farmasi tu takleh harap. muke dorg pun tak brape cantik pun slalunye. haha. mulut capui gilaa.. tapi utk tuan empunya diri:before tido cuci muka. minum air banyak. jangan makan peanuts. satu lagi part cukup tidur. kalau musim2 exam dgn tido tak cukup darab dgn stress kuasa empat, memang jerawat tu kawan baik teman sejati laa kot, tetap ada walaupun kecik sebijik. satu benda lagi yg notice, sejak datang negara 4musim ni jarang naik jerawat sans exam + period. balik tanah melayu cuti summer naik balek seketul. so maybe kne duduk negara beriklim macam nilah kot smpai bila-bila. fufufufu~ :p

dah habis bebel.... skarang pukul 5.20pagi. lame gak laa sebab selang seminit bukak twitter kan.. lame la jadinye.. dah ngantuk sikit ni. penat bebel sengsorang..wwuuuuuu~~~ :p



****tahniah utk farahinlee. selamat dah bertunang kelmarin. balek korea dah ade gelaran "tunang org".. takleh nk imagine.. senyap2 je eh. nanti kawen jgn tak bgtau sudah..... :)

p/s: banyak sgt disogok dgn kisah2 org kawen kebelakangan ni. abg dayla kawen. farah bertunang. pastu tag2 org kat fb pun pasal kawen. wallaweyyyy~~~