Saturday, July 3, 2010

pertolongan Allah itu amat dekat

musim2 exam ni. mmg semua pon asyik lekat kat meja study tak bangun2. sebok sangat menghadap buku 24/7 sampai makan pon kadang2 terabai kan. semalam dpt email ni dari kakak ghuraba'. *thnks kak wanie, sy jarang bukak blog ijoy* dan rase nk share. :D

Pertolongan Allah Itu Amat Dekat

Diceritakan oleh seorang sheikh dari Mesir dalam kuliahnya, sebuah kisah tentang seorang wanita dan anaknya yang hidup miskin di celah-celah bandar Kaherah. Adapun wanita adalah seorang yang sangat taat kepada Rabbnya.

Ditakdirkan pada satu hari, anaknya sakit yang teramat sangat. Wanita itu sangat risau namun tak mampu berbuat apa-apa dek kerana ketiadaan wang untuk membeli ubat, apatah lagi memanggil doktor. Dipohonkan doa kepada Rabbnya tanpa henti-henti kerana hanya itulah saja harapan dan pergantungannya.

Setelah beberapa ketika, diikhtiarkan pula cara lain. Dia bersolat malam tanpa henti. Usai dua rakaat solat, dia menyapu tubuh anaknya kemudian menyambung solat lagi dua rakaat. Kemudian disapunya lagi tubuh anaknya. Diulang-ulang berkali-kali perkara yang sama walaupun dia tahu sapuan itu tidak akan mengubah apa-apa. Namun berbekalkan iman kepada Rabbnya, itulah yang mampu dibuat untuk anak tersayang.

Setelah beberapa belas rakaat mengulang solatnya, tiba-tiba pintu rumah usang itu diketuk. Dibukakan pintu itu lalu kelihatan seorang lelaki sedang tegak dihadapan pintu, sambil membimbit sebuah beg.

"Assalaamualaikum puan."

"Waalaikumussalam." Siapa anda?

"Saya doktor. Siapa yang sakit dalam rumah ini? Boleh saya tengok."

"Subhanallah." Bisik hati wanita itu. Dia masih dalam keadaan separa terkesima. Lantas ditunjukkan anaknya yang sedang baring di atas katil usangnya.

Doktor itu terus memeriksa, merawat dan memberikan sedikit bekal ubat dan dituliskan preskripsi untuk anak itu. Selepas berkemas, doktor itu menuju ke arah pintu tetapi berhenti seketika.

"Terima kasih banyak. Hanya Allah yang mampu membalas budi tuan," kata si ibu.

Doktor seolah-olah tidak memahami dan masih tidak mahu beredar.

"Semua sekali harganya 30 pound," doktor memberikan sebut harga walaupun masih keliru dengan laku si ibu.

Si ibu sekali lagi terkejut.

"Tuan, 1 pound pun saya tak ada dalam rumah ini."

"Puan telefon saya tengah-tengah malam begini untuk merawat anak puan, mana mungkin ia percuma."

"Bagaimana mungkin saya menelefon tuan sedang rumah saya tiada telefon."

"Puan bernama Zaynab Ghazali?"

"Subhanallaah. Zaynab Ghazali tinggal selang 4 rumah dari rumah ini."

"La hawlawala quwwata illa billa."

Doktor lantas keluar dari rumah itu dan menuju ke rumah yang sepatutnya dituju. Keesokan harinya, dia datang kembali ke rumah wanita itu dan membawa ubatan untuk anak yang sakit itu.

***cerita tamat***

Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

(65:2-3)

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

(29:69)

copy from http://jalanjuang.wordpress.com/


mcm slalu yg ktorg ckp jugak, Allah sangaaaaaat sweet- kita "terselamat" di saat kita rasa betul2 nk tenggelam. syukur kita ada Dia kan? satu-satunya tempat pergantungan.

p/s: konsep ini boleh diaplikasikan dalam apa jua situasi. bukan setakat exam je. :p

Thursday, July 1, 2010

nak balek jugak.

tajuk entry dah xplen semuanya kot. beberapa org lg dah pass dan bakal pulang ke tanah air *gaya baca berita dunia tv1* jelesnye~ congratss korang!

dah lepas komfem naek year, pastu boleh raya. best gileeeeeeeeeeeeeeeee!! jeles~ jeles~ >.<

tu laa sape suruh takmo berusaha dari awal. tak nekad nak buat. takut nak try. mane tau ade rezeki. ngeee~

takpe laa. tu rezeki dorang. ni ade mase, studyyyy!! buat yg terbaek. nnt jgn dah tak cukup mase baru tegedik2 nak pulun.

nnt rumah ni pon kosong. nmpk gaye kne pindah masuk raudhah. takut nk dok sengsorang. hehe :D

usaha zetty. usaha! ingat 23:62. Allah bg takat yg kita mampu je. usaha dulu. nnt boleh balek raya iA. study jomm!

Wednesday, June 23, 2010

kalau bukan kerana Dia

alhamdulillah. dah pass sebijik- biochem. lega tak terkata~
ni yg nk spill kat sini ni. hee :)

macam2 yg jadi hari ni. macam2 kisah exam yg ade. yg boleh dibuat kesimpulan: tak lepas pon kalau Allah tak tolong.

kisah satu:
pagi td mmg cam ape dah. semalam tak tido. tak breakfast. jalan terawang2. macam jeli pon ade. jawap written part macam sakai. terpikir balek, "ye ke aku ni nk amek final hari ni" mmg kondisi terok kuase seploh kot. cam bengong je jwp.

dan masuk2 tu, dpt pulak triplet yg mmg tamau. tak suke laa 2 soklan lam tu. tp dah doa awal2, mintak soklan yg boleh jwp, at least ade rough idea nk ckp ape. mati kutu tgh prepare. part soklan yg tak suke tu. mmg sunggoh xde idea. tak ingat ni. da laa lame gile bg mase prepare. bdk czech yg jwp kat sbelah potpet2 ngan prof. Stok. da laa ngantuk thp xle bukak mate. kpale jammed. "mati laa aku ni. dtg utk fail ke.." xleh nk recall langsung ni. doa je byk2 mase tu, hrp2 Stok oke.

pastu potpet2 laa dpn Stok. soklan muscle contraction ok lg. dy puas hati gak laa. then soklan no 2, ni soklan tak suke *lupe. ade 2 soklan yg xsuke* periodic table, atomic structure, electron configuration. 2 part pertama ok. tang e- conf hancuss laa. siyes xigt yg quantum2 tu. mmg xsuke dr kat msu dulu pon.ok laa jugak. smpai soklan ke 3. ni mmmg xsuke gile. pyrimidine-biosynthesis & degradation. kat atas kertas tu tulis pyrimidine-U,T,C. lukis structure & ckp f(x) je. pastu sengih dpn dy. "frankly speaking, i REALLY dont remember how to synthesize this :(" aunty stok baek gileeeee. "it's okay. let's see what u hv" dy tgk kertas yg 3/4 kosong tu. pastu dy pon trigger laa.. siyes, mmg tak igt. purine tu cam bole byg laa proses tu. ni pyrimidine, mmg langsung tak ingat. dy tolong2 laa bg clue. dan aku yg mmg mcm nk surrender je ni jwp je laa ape yg mulut ni ckp. mcm spill tetibe, tak piker pon. dlm hati mmg doa je, bg makcik ni lembut hati. mmg cam xde hrpn nk lepas je rase. then stlh agak lame berperang kat situ. dy ckp "okay. u did good. it wasnt excellent, but everything was okay. i can see that u understand. i can give u good=3=pass". ya Allah mase tu mcm nk peluk2 je aunty Stok. "thank you very much. i tot i cudnt make it. thank you"-salam2 tgn dy.

ya Allah, xsangke. masuk dgn feeling nk fail. rase yg tak tau ape2 tu. yelaa. all 3 Qs tu mmg 1 pon tak revise. mmg tak nak langsung soklan tu dan tak expect pon akan dpt. mungkin tu plan Dia. tu triplet yg aku boleh jwp. alhamdulillah.. tak sangke sgt..

kisah 2:
ni kisah housemate, aini. ktorg ni slalu amek exam tarikh same. slalu sgt kot. tp kali ni makcik neh amek physio dulu. nk kate mmg takdir jugak laa, smlm mase si aini ni masuk bilik nk gosok baju, ktorg discuss sikit. dan tak sangke muscle contraction tu masuk arini. dan aini pon dpt soklan calcium regulation. ya Allah. mmg laa nak bagi. masin mulut laa org ckp, sbb smlm ktorg ckp je "mane tau kita dpt soklan ni esok"
menurut beliau, beliau ni pon rase cam dtg utk fail. alik2 dpt highest score utk written part & diexamine oleh prof. Adamcova yg baek. dan lepas. :D

tetibe tingat aini ckp td. "Allah sangat sweet" bg rasa pahit baru yg manis. dalam jalan yg tak tersangka. setuju!

kisah 3:
ni paling tak sangke. zikri. ni mmg unacceptable & ridiculous laa klo piker balek. pakcik ni amek biochem smlm. arini amek physio. dy ckp study 7 soklan je smlm & tak bace langsung cns. mmg gila laa. even prof Cervinkova pon tekejut dy amek arini. dan pakcik ni pass. mmg rezeki laa. usaha study non stop setahun ni berbalas. siyes tak sangke. tabik spring toink toink~

bile reflect balek. mmg sume pon sbb Allah tolong je. nk hrp usaha yg seciput ni... ala.. takat tak tido malam tu apelah sgt. kalau tak dilembutkan hati examiner. kalau tak terlintas nk bg jwpn ape. kalau tak diberi idea.. mmg sangkut laa..

thank you Allah. for everything.

Tuesday, June 22, 2010

esok exam

tenanglaa hati ni

result dah ade dah, tinggal nak pegi kutip je

ada masa lagi. berusaha!

He knows best. no worries.


bertabah!!

Monday, June 7, 2010

saya perlu study dgn lebih tekun dan gigih.
saya perlu pass exam.

sebab:
saya dah homesick.
saya dah tak lalu nak makan mskn sniri.
saya nak raya kat Malaysia taon ni.
saya nak tengok tv.
saya nak tengok bola.
saya nak sangat2 makan rambutan.
saya nak manja2 dgn mama.
saya nak bodek2 abah nak shopping.
saya nak cubit2 pipi, kacaw2 ilman hazim.
saya nak lepak2 dgn kawan2 saya.
sebab saya nak balek laaaaaa...!!

enuff of these. jom sambong study balek.

Saturday, June 5, 2010

musim exam

musim yg semua org pon tak suke dtg lagi. ermm, maybe 1 je kot yg suke part ni, iaitu dah dekat nak balek.. rindu Malaysia.. family, food, rumah, bantal busuk, tv.. except for the fact that Malaysia tu sangat panas laa kot. *huhh, gedik. mementang dok tmpt sejuk je* :p

tgh struggle study nk perabih soklan ni dannnn je nk blogging ye cik zetty? bg semangat kat diri sniri sikit.

nak bg abes exam cepat2... tak thn dah. homesickkk TT.TT
nak balek. nak balek. nak balekkkkk!!

taon ni rase pelik, sbb exam tak same ngan org laen. subjek laen, tarikh pon laen. ala.. mane2 dulu pon amek same je.. kne amek jugak nanti. alhamdulillah czech IV dah pass. legaaaaa~ 2 ketul lagi.

byk kali piker nk tukar tarikh tak? buat physio dulu instead of biochem. aaaishhh. takyah layan. tu adelaa keturunan pakcik2 S hasut2 tu. study je.. yg laen tu blakang kire. dah tertulis dah dpt ape pon hari tu nanti cik zetty oii. dah 2 taon kan, dah blajar konsep redha & tawakal tu kan. dah tau kan Allah tgk usaha. kat sini pergantungan tu 1 je. yg penting usaha dulu.

study..study..study.. nak balek raye kan taon ni. kalau boleh awal lagi bagus..
USAHA, DOA, TAWAKAL. mcm Hilal Asyraf ckp kat blog dy gak. jaga HDA- hubungan dengan Allah. tu penting. :)

bertabah!!! sikit lagi...