musim2 exam ni. mmg semua pon asyik lekat kat meja study tak bangun2. sebok sangat menghadap buku 24/7 sampai makan pon kadang2 terabai kan. semalam dpt email ni dari kakak ghuraba'. *thnks kak wanie, sy jarang bukak blog ijoy* dan rase nk share. :D
Pertolongan Allah Itu Amat Dekat
Diceritakan oleh seorang sheikh dari Mesir dalam kuliahnya, sebuah kisah tentang seorang wanita dan anaknya yang hidup miskin di celah-celah bandar Kaherah. Adapun wanita adalah seorang yang sangat taat kepada Rabbnya.
Ditakdirkan pada satu hari, anaknya sakit yang teramat sangat. Wanita itu sangat risau namun tak mampu berbuat apa-apa dek kerana ketiadaan wang untuk membeli ubat, apatah lagi memanggil doktor. Dipohonkan doa kepada Rabbnya tanpa henti-henti kerana hanya itulah saja harapan dan pergantungannya.
Setelah beberapa ketika, diikhtiarkan pula cara lain. Dia bersolat malam tanpa henti. Usai dua rakaat solat, dia menyapu tubuh anaknya kemudian menyambung solat lagi dua rakaat. Kemudian disapunya lagi tubuh anaknya. Diulang-ulang berkali-kali perkara yang sama walaupun dia tahu sapuan itu tidak akan mengubah apa-apa. Namun berbekalkan iman kepada Rabbnya, itulah yang mampu dibuat untuk anak tersayang.
Setelah beberapa belas rakaat mengulang solatnya, tiba-tiba pintu rumah usang itu diketuk. Dibukakan pintu itu lalu kelihatan seorang lelaki sedang tegak dihadapan pintu, sambil membimbit sebuah beg.
"Assalaamualaikum puan."
"Waalaikumussalam." Siapa anda?
"Saya doktor. Siapa yang sakit dalam rumah ini? Boleh saya tengok."
"Subhanallah." Bisik hati wanita itu. Dia masih dalam keadaan separa terkesima. Lantas ditunjukkan anaknya yang sedang baring di atas katil usangnya.
Doktor itu terus memeriksa, merawat dan memberikan sedikit bekal ubat dan dituliskan preskripsi untuk anak itu. Selepas berkemas, doktor itu menuju ke arah pintu tetapi berhenti seketika.
"Terima kasih banyak. Hanya Allah yang mampu membalas budi tuan," kata si ibu.
Doktor seolah-olah tidak memahami dan masih tidak mahu beredar.
"Semua sekali harganya 30 pound," doktor memberikan sebut harga walaupun masih keliru dengan laku si ibu.
Si ibu sekali lagi terkejut.
"Tuan, 1 pound pun saya tak ada dalam rumah ini."
"Puan telefon saya tengah-tengah malam begini untuk merawat anak puan, mana mungkin ia percuma."
"Bagaimana mungkin saya menelefon tuan sedang rumah saya tiada telefon."
"Puan bernama Zaynab Ghazali?"
"Subhanallaah. Zaynab Ghazali tinggal selang 4 rumah dari rumah ini."
"La hawlawala quwwata illa billa."
Doktor lantas keluar dari rumah itu dan menuju ke rumah yang sepatutnya dituju. Keesokan harinya, dia datang kembali ke rumah wanita itu dan membawa ubatan untuk anak yang sakit itu.
***cerita tamat***
Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(65:2-3)
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
(29:69)
copy from http://jalanjuang.wordpress.com/
mcm slalu yg ktorg ckp jugak, Allah sangaaaaaat sweet- kita "terselamat" di saat kita rasa betul2 nk tenggelam. syukur kita ada Dia kan? satu-satunya tempat pergantungan.
p/s: konsep ini boleh diaplikasikan dalam apa jua situasi. bukan setakat exam je. :p
No comments:
Post a Comment