genap seminggu sehari (di saat ini ditulis), berpijak di tanah asing. rasa? absolutely nothing. seriously! so far, alhamdulillah. everything goes smoothly as we planned. susah-susah sikit tu, adatlaa. hidup sehari-hari, sangat best. study? rasa payah. sebab malas. kalau dulu satu bab dekat sminggu. boleh je 2 subtopics within a day. urghh.. tambah2 bg insan pemalas seperti si penjaja bijan.
kisah2 sedih kat klia tolak tepi. pijak je bumi frankfurt, rase lost. sejuk sangat. plus minus 10 degree pg tu. dgn sut sepasang yg tak berape tebal, terketar2 lutut turun flight dgn angkut hand luggage gedabak, bagpack serta beg plastik berisi grey's anatomy dan atlas histology yg berat dan menyusahkan tersebut. transit dekat 5 jam jugak. sayang nak tinggal MAS, dgn servis yg baek punya + makanan yg sgt laa heaven. smpai airport jalan2, jumpe jamban. hailoh.. hailoh.. tader air. bagi muslimah2 spt kami, maka terpaksa laa mengangkut botol air setiap kali menziarahi toilet. next flight naek Lufthansa. ala2 naek airasia je pon. paham2 laa caner. tp food + drink free laa. senior sambut kat prague. teros pegi hradec, dekat 2 jam gak laa. berpuase hampir 19 jam. memang rase nak tumbang. alhamdulillah, sampai jugak. ;D
first day, was a hectic day. nak uruskan itu ini. dan kpd pihak *tuuuuuut*, anda sgtlah tidak berguna. sanggup meninggalkan kami yg masih setahun jagung, mentah, dan masih merah lg bak kata org tua2 terkapai-kapai nak settlekan sume bende. ade ke patot??? (marah neh...) dgn insurans yg still unsettled till now. bank account yg kne buat sniri. bus pass. student card. senang cakap we HAVE to do everything single thing by ourselves laa. kredit utk senior2 yg being very helpful + supportive utk junior2 spt kami yg bagaikan layang2 putus tali, bak anak2 ayam yg kuning comel berbulu2 tu kehilangan ibunya yg dah arwah digoreng celup tepung. mnohokrat dekuji. ;p
ape lagi eh? owh. raye! raye awal sehari dari Malaysia. hehe ;p di saat makhluk2 di Malaysia sedang bersahur, kami di sini sudah bertakbir raya. ketika adinda2ku masih terbongkang di katil menahan lapar, kami sudah pon menikmati rendang ketupat di sini. sedey? tak pon. cume sedikit kuantiti air mata yg dialirkan di pg tersebut. bukan sbb tingat family (since kat rumah pon dah tak beraye mane kan), tapi sebab terharu. mcm mane satu komuniti yg minoriti (all muslims termasuk Malaysians serta pak2 Arab) menikmati kegembiraan yg sama, walaupun jauh dari tanah air sendiri. walaupun makanan ala kadar, tapi perasaan ketike tu, mmg sukar ditafsirkan. bersyukur dan berbangga, dilahirkan sebagai seorang muslimah.
dan sabtu baru ni, semua rakyat Malaysia yg menetap di Czech Republic bersama2 menyerbu kediaman embassy kite iaitu Dato S di Prague. rumah baru, bak kate senior2. cantik. students dari Olomouc, Hradec Kralove dan Prague sniri sume turun padang menikmati kemeriahan sambutan aidilfiri tahun ni. makanan2 yg dihidangkan, tersangatlaa best. terubat rindu nak makan ayam masak merah. dgn nasik minyak lagi. lemang. rendang. biskut cornflakes. kuih makmur pon ade tak silap. sesi fotografi yg havoc.
then sempat jalan2 di kota prague. tengok jam yg aneh tu. cathedral yg besar mak aii. makan italian ice cream di petang yg windy tu. heaven! sempat masuk swarovski punye butik. gatal je tangan nak beli. tapi consider duit yg seciput tu, tangguh dulu laa. 6 taon cik kak, banyak mase lagi.
banyak lg nk membebel ni. malangnye tader mase sgt2 yg nk dicelah. penat. dan letih. to be continued......
p/s: kpd rakan2 yg memflykan diri hari ni. slamat maju jaya. take care sume.
(o______o)
111008:2300
9 comments:
miss u la cik zt!!! =(
Assalamualaikum
cik penjual bijan..t-shirt tu akak da antar list..tp akak usahakan tanya penganjur since ade 2,3 org pun tanya psl t-shirt :) good luck
Salam..cik Bijan..ahaks..
huhu skenye pic2 awk tu..comey..:D
alia..
mish u too.
kak hanis.
salam. dekuju. :p
kak wani.
salam. kami junior2 mmg comey. hehe :p
hey babe!since lagu ur blog lagu yuna,saja nk ckp i love YUNA!!hehe~
we all luv yuna. yeay! :p
hey sis!i link ur blog in mine ok!~
okiedokie. dekuju ;p
soda link urs jugak.
(^___^)v
wah.. style :D
Post a Comment