kepenatan mmg begitu menggigit rasa. tapi digagahkan jugak jari-jemari ni utk mengetuk papan kekunci, melahirkan apa yg bersarang dalam fikiran sekarang ni.
frankly speaking.. persepsi terhadap hidup skarang ni mmg dah berubah. dah lari 180' dari paksi asal. pengalaman sepanjang kursus kenegaraan memang betul2 menimbulkan kesedaran. seluruh deria dah mula giat mencerna intipati program. pandangan terhadap setiap aspek kehidupan dah tak sama macam dulu dah. lain. berbeza.
sebelum pergi, memang rasa program ni macam takkan bagi apa2 faedah pon. sekadar mengisi masa yg terluang mungkin. program2 sebelum ni pon mmg takkan bagi impak yg besar pon terhadap diri maupun persekitaran, org sekeliling. ternyata segala yg berlaku tu menjangkaui tanggapan. semua info dan pengalaman yg dikutip rasanya tak perlulah dicoretkan di sini. mungkin akan mengganggu sensitiviti sesetengah pihak.
dan di kesempatan ni. saya selaku rakyat Malaysia mengambil peluang utk mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yg ke-51 dengan tema "perpaduan asas kejayaan". dan ternyata tema yg dipilih memang tidak silap lagi. kita semua sebagai warganegara dan rakyat Malaysia haruslah bersatu-padu dan bekerjasama bagi mempertahankan keamanan yg kita kecapi selain membanting tulang bagi meningkatkan kemajuan negara. asas kemajuan sesuatu negara itu terletak pada rakyatnya sendiri. sekiranya rakyatnya hancur, maka musnahlah negara itu sendiri. dan perlu ingat juga. kedaulatan sesebuah negara itu sendiri bukan boleh dikecapi dengan sekelip mata sahaja. perjuangan pahlawan dan pemimpin dahulu tidak seharusnya disia-siakan begitu sahaja.
saya sememangnya tidak petah berbicara, menyatakan hujah. namun, saya lahirkan rasa sayang dan cinta saya pada negara melalui ketukan jari di keyboard ini, meluahkan rasa di atmosfera selesa saya. *acece~* seriously. *straight face*.
p/s: HAPPY 9TEENTH BIRTHDAY jugak utk IFFAT FAR'AIN tersayaaaang pd 28 ogos yg lepas. sorry sangat, sane tader coverage.
(^___^)v
310808:1119
No comments:
Post a Comment