Sunday, January 6, 2013

Konon travelog musim beku.

Bismillahirrahmanirraheem.
Salam 'alayk.

Alhamdulillah.. Allah masih izinkan jantung ini berdegup untuk menghabiskan hayat yg masih bersisa. Kesian inche belog dah bersawang-sawang kena neglect almost a year kot. *srettttttt* sapu habuk.

Baru masuk tahun baru, azam pun haruslah baru ye dok? Takpe. Simpan hasrat tu dalam hati, takyah bagitau orang pun. Yang penting terjemahkan hasrat dan keinginan tu melalui amal.
Maybe azam tahun sebelum ni tak pernah pun masuk list mission accomplished. Errrr, maybe saye sorang lah tu.Tapi inshaAllah taun ni kita all-out nak merealisasikan azam kita ok!

Kali ni nak share kisah pengembaraan winter break dua minggu. Yeehaaaa! Ehemm.. Maaf.
Misi tahun baru adalah untuk menjadi lemah lembut bersopan santun ala-ala gadis melayu terakhir.
Alhamdulillah cuti haritu Allah beri kesempatan utk join winter camp Rendez-Vous D'Hiver di Arreau, France. Seronok sangat dapat jumpa sisters seluruh Europe. Mingle around dgn budak engine terasa lain, teringat zaman sekolah dulu2. Walaupun at the beginning rasa out of place a bit sebab tuan haji & datin pun org engine rasa mcm dgr bahasa alien tapi best sangat pengisian sampai ade moment ternganga sebab khusyuk sangat. Haha. Pastu turun Barcelona dgn hadek-hadek kesayangan amek angin sat. Hmmm banyak tarbiyah sepanjang di Barça, tapi tu cover dalam entry lain la. *Tu pun kalau rajin nak menulis, kekeke :p*

Kumpulan Sihat hoyeahhh. Ehemm..



Arreau yg permai, sejuk mata memandang.



Dan Barcelona yg meningggalkan 1001 kenangan.











Nak gi Peghancih, wajibla naik flight sebab jauh kan. Errr.. Train & bus ade jugak tapi makan masa laa. Masa nak take off tu kami tunggu lama jugak la kat runway tu. Mula-mula tu nampak la sebab haritu snow lebat jugak, therefore ada machine besar mcm robot spray some kind of liquid kat wings of the aircraft. Kalau tak silap secara logiknya utk avoid crystallization dan prevent disruption of airflow yang boleh lead to crash. Pape la kan, kepala tumpul sikit bab fizik ni. Bila dah siap, pakcik kat bawah tu bagi signal utk kami bergerak, hayun-hayun tangan sambil bercakap dengan thru earphone gabak dia. Oh... Rupanya tunggu arahan dari menara kawalan. Agak busy traffic haritu, almaklumlah musim cuti semua orang pun nak melancong. Announcement di departure hall tak putus-putus, airport padat, flight pun penuh.

Nampak tak apa yang saye nampak? Jeng jeng jengggg.

Perasan tak mcm mana menara kawalan mengawal lalulintas udara? Mesti busy gila kan? Taktau la mcm mana chaotic keadaan menara kawalan tu. Yelah. Mereka ni lah yg bertanggungjawab menyusun pergerakan di runway tersebut. Mana flight yg akan landing, yg tergagau cari parking, mana flight yg dah boleh depart yg nak take off, mana yg kena hold dulu untuk bagi laluan pd yg lain. Ada commercial airline, yg private, cargo atau yg tengah practice amek lesen ke. Tu tak campur lagi kalau ada yang tetiba mintak izin nak buat emergency landing atau ada yg tetiba connection terputus tak dapat dihubungi. Nak imagine pun rasa penat.

Tapi.... Allah SWT yg menyusun alam ni lagilah berzillion kali ganda hebat kan? Tuhan kita ni bukan sahaja menyusun penciptaan bumi & langit, bahkan mengatur kehidupan makhluk dan seluruh isinya. Kalau kita fikir "hebat ah menara kawalan ni manage flights naik turun" ataupun "woahhh ddaebak. Ade machine mcm robot nak cuci kapat teghebang", Khaliq kita lagilah hebat. Bayangkan berapa bilion manusia di muka bumi ni yang Dia susunkan urusan mereka. Perasaan dan pemikiran manusia sendiri cukup complex, hinggakan perlunya ada psychiatrist dan psychologist utk bantu kita mengaturnya. Bayangkan even dalam badan setiap manusia tu pulak berapa juta sel yg kita ada yg menjalankan fungsi spesifik membolehkan kita bernafas, makan megi, bersiar-siar di taman tasik shah alam, menonton gossip girl, dan bergelak ketawa setiap hari? Itu tak masuk lagi berapa juta pokok atas muka bumi ni, yg daun-daunnya tak sama kaler, malah part yg lubang-lubang dimakan ulat pun tak serupa. Each and every one of them gugur pada waktu yang berlainan. Cuba dongak dan lihat kepulan awan di langit biru. Awan yg terhasil dari perkumpulan wap air halus ni mampu membentuk jisim yg kelihatan "tough" dan macho hinggakan bila kapal teghebang kita langgar pun rasa gukgukguk sampai terhantuk kepala dekat tingkap kan. Awan gebu ni kalau kita perhatikan patternnya tak sama antara satu dengan yg lain. Ada yg macam bentuk dinasour, ada yg rupa mcm buah betik tak kurang jugak yg kelihatan seperti jambatan gantung. MasyaAllah. Kagum. Speechless. Kalau dibicarakan tentang planet2 yg mengorbit matahari tanpa menyeleweng sedikitpun, atau galaksi-galaksi di luar sistem suria mahupun kisah hidup mati bintang-bintang sampai tahun depan pun tak habis gamaknya.

Subhanallah. Siapalah yang mampu mencipta dan mengatur semua ini kalau bukan Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Sehebat manapun manusia mencipta atau menguruskan sesuatu, takkan sekali-kali dapat menandingi kehebatan Allah azzawajalla mengatur seluruh alam ini. Lebih menjaw-droppedkan kita, Allah dah tahu apa yg sudah, sedang dan akan berlaku. Untuk mengada atau tidak sesuatu itu, hanya sekelip mata. Kun fayakun. Lihatlah sendiri, at one moment kita boleh senyum lebar hingga ke telinga dan in a split second kita boleh menangis, wailing like there's no tomorrow sebab ada musibah yg menimpa.

Pengetahuan manusia sangat limited. Apa yang kita tahu, berjaya hasilkan harini adalah hasil discovery setakat ini. Masih banyak research yg berlangsung, masih banyak ilmu yang belum direveal.

Bersyukurlah. Kita ini makhluk istimewa. Allah beri kelebihan kepada kita yg tak ada pada makhluk lain. Kita ada akal, diberi peluang utk buat keputusan. Kita dikurniakan hati, diberi nikmat utk menilai dgn neraca perasaan. Dan sudah tentu dipinjamkan nikmat pancaindera agar kita dapat berinteraksi dgn alam sekeliling kita lantas menggunakannya utk benefit kita sendiri. Allah memperkenalkan diri-Nya menerusi ciptaan-ciptaanNya. Sepertimana elektrik yg tidak dapat kita lihat menerusi mata kasar tapi kuasanya dijelmakan dengan nyalaan mentol meja study mahupun kehangatan heater bilik tidur kita. Rugilah kita sekiranya dgn nikmat akal, hati dan pancaindera yg Allah kurniaan kpd kita tidak digunakan utk mentadabbur(merenung) alam dihadiahkan kpd kita. Rugilah kita dgn nikmat berfikir, berperasaan, melihat, mendengar, menghidu, bergerak, dan menyentuh tidak kita gunakan utk berfikir tentang kewujudan dan kehebatan Pencipta kita.

InshaAllah. Kita golongan yg educated, golongan yg berfikir. Kita adalah orang-orang yg Allah kurniakan nikmat iman dan islam dalam hatinya. Kita adalah makhluk yg Allah ilhamkan utk merasa keberadaan-Nya bersama kita setiap masa. Jadi after this, mari kita kenali lebih lagi Pencipta kita. Alaaa mcm dalam Asma ul-Husna tu. Setiap satu sifatNya dapat kita lihat dlm kehidupan seharian. Apa yg kita perlu buat adalah buka hati, buka pancaindera dan buka minda. Lihatlah sekeliling dgn 6th sense. Tadaburi hidup kita. Semoga dgn ini dapat lebih mendekatkan kita dengan Allah SWT sekaligus meningkatkan iman kita seterusnya menjadikan kita hamba yg lebih patuh.

"....(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." [Ali-Imran, 3:191]

Hadiah.



Wallahua'lam.


- Posted using BlogPress from my iPad